Entri : 24
Teks : Rosniwati Jamaludin
Menganjak usia kehamilan 36 minggiu, wanita hamil dikehendaki menjalani 'check up' berkala seminggu sekali. Seperti biasa akan dilakukan ujian air kencing, darah, berat badan, tekanan darah dan beberapa pemeriksaan fizik dilakukan. Scan juga turut dilakukan pada 36 minggu dan akan dilanjutkan pada tarikh melahirkan(sekiranya anda belum bersalin).
Alhamdulillah, sepanjang hamil cuma pernah 2 kali tekanan darah tinggi. Sekarang dalam keadaan stabil. Baru-baru ini agak terperanjat kerana kaki mulai bengkak(edema) dan terdapat bacaan protein dalam air kencing. Saya mula bimbang kerana ini tanda- tanda eklampsia, kalau orang Perlis kata sawan. Alhamdulillah, pada hari ini bengkak di kaki berkurang dan bacaan air kencing normal. Menjadi masalah sekarang berat badan naik mendadak. Sebelum ini saya tidak pernah menghadapi masalah diabetik, kencing manis. Berat badan yang mendadak naik menyebabkan saya harus melakukan pemeriksaan berat badan dan tekanan darah selang sehari.
Sekarang saya cuba mengawal diet pemakanan. Makan dalam kuantiti yang kecil. Elakkan dari makan malam hari. Tidak meminum air manis dan lebihkan air masak. Pada anda yang mengalami masalah terdapat protein dalam air kencing, tingkatkan pengambilan meminum air masak. Alhamdulillah, ini telah saya amalkan berhasil. Cuma sekarang usha saya dalam mengawal berat badan. Kepada anda yang mempunyai pengalaman saya begini, anda boleh kongsikan bersama.

No comments:
Post a Comment