Showing posts with label Medik Kita. Show all posts
Showing posts with label Medik Kita. Show all posts

Monday, 25 January 2016

Lanjutan tanda dan gejala diabetese

Entri:41
Teks:rosniwati jamaludin

Lanjutan dari siri sebelumnya,

5)Emosi tidak stabil
Keadaan tubuh yang terasa letih mengakibatkan emosi anda terganggu.   Terkadang ia kelihatan mirip dengan simptom depresi.

6)Penglihatan menjadi kabur
Pada awal-awal diabetes, lensa mata tidak mampu fokus dengan baik akibat terdapatnya glukosa di mata. Tetapi ia hanya bersifat sementara.  Setelah 6 hingga 8 minggu gula darah anda stabil penglihatan anda akan kembali seperti biasa.

7)Luka lambat sembuh
Sistem imun tubuh yang lemah mengakibatkan proses penyembuhan luka lambat.

8)Kebas
Peningkatan gula darah yang tinggi boleh mengakibatkan komplikasi sebelum anda mengetahui anda mempunyai penyakit diabetes. Salah satunya ialah kerosakan ringan saraf yang ditandai dengan rasa  kebas.

9)Terdedah jangkitan yis di saluran kencing
Tingginya gula dalam air kencing mengakibatkan vagina menjadi tempat pembiakan yis dan bakteria. Jangkitan berulang kali agak membahayakan.

Tanda dan gejala diabetes

Entri:40
Teks :rosniwati jamaludin
Foto:google

Perlu dipelajari apakah tanda-tanda dan gejala kencing manis@diabetes mellitus.  Tujuan mempelajarinya supaya kita mengetahui tanda-tanda awal agar kita mampu mendapat rawatan. Kawalan gula darah pada peringkat awal mampu mengurangi risiko komplikasi.

1)Kerap ke bilik air
Anda kerap ke bilik air dari sebelumnya.  Kerap terjaga di tengah malam untuk ke bilik air sehingga ia mengganggu tidur anda. Ia dikenali dengan 'polyuria'.

2)Sering haus
Sering haus dari kebiasaannya atau dikenali dengan 'polydipsia'.

3)Penurunan berat badan
Ada artikel menyebutkan 2 faktor yang menyebabkan penurunan berat badan.  Pertama akibat dari 'polyuria'. Kedua tpubuh tidak mampu menyerap kalori yang terdapat dalam glukosa darah.

4)Sering lapar
Ini berlaku gula yang sepatutnya diubah menjadi satu bentuk tenaga oleh tubuh gagal dihasilkan dan glukosa tersebut hanya dibuang melalui air kencing.  Dalam keadaan normal, tenaga yang dihasikan dari glukosa seharusnya digunakan oleh tubuh untuk beraktiviti dan sisa metabolisme gula akan disimpan sebagai cadangan makanan untuk digunakan .

5)Letih
Letih akibat dari kekurangan tenaga yang seharusnya diolah dari gula.

Akan saya lanjutkan gejala seterusnya Insyaallah.

#amalkan hidup sihat dengan rawatan tradisional 

Sunday, 24 January 2016

Kencing manis / diabetes mellitus?

Entri :37
Teks :rosniwati jamaludin


Kencing manis merupakan penyakit kronik dan ia memberi kesan yang berpanjang dalam kemampuan tubuh untuk mengurai bentuk makanan kepada bentuk tenaga.

Secara alami,  tubuh akan mengurai gula dan karbohidrat yang dimakan kepada glukosa. Glukosa akan dibawa ke di dalam sel tubuh untuk digunakan.  Namun,  ia memerlukan insulin dan hormon untuk membawa glukosa supaya ditukar menjadi tenaga. Pada pesakit kencing manis ia menghadapi masalah samada tidak mempunyai cukup insulin,  atau tidak dapat menggunakan insulin yang diproduksi atau kedua-duanya. Selagi sel tidak dapat mengambil glukosa ia akan berkumpul di dalam darah. Kandungan glukosa yang tinggi di dalam darah boleh merosakkan pembuluh darah kecil di organ ginjal, jantung,  mata dan sistem saraf.

Terdapat  3 jenis diabetes mellitus:

#'type 1 diabetes@insulin-dependent diabetes'
   Diabetes 1 ialah diabetes bergantung kepada insulin dimana tubuh tidak mampu menghasilkan insulin. Ia juga dikenali sebagai 'juvenile-onset diabetes' kerana ia sering belaku sejak kecil. Diabetes  ini merupakan gangguan autoimun dimana antibodi yang sepatutnya memelihara pakreas tetapi sebaliknya menyerang pankreas.  Kerosakan pankreas mengakibatkan insulin gagal dihasilkan. Ia boleh disebabkan oleh faktor generik ataupun gangguan beta sel yang teradapat di dalam pankreas gagal menghasilkan insulin.
   Risiko dari 'type 1 diabetes ini boleh merosakkan pembuluh darah kecil di mata ('diabetic retinopathy') ,saraf ('diabetic neuropathy')  dan buah pinggang('diabetic nephropathy')


#'type 2 diabetes@non-insulin dependent diabetes'
    Ia juga dikenali 'adult-onset diabetes'.  ''diabetes type 2''tidak terlalu berbaha dibanding 'diabetes type1'', namun ia boleh mengakibatkan komplikasi yang besar terutamanya pada pembuluh darah kecil yang memberi nutrisi kepada ginjal, mata dan saraf. Diabetes jenis ini juga boleh meningkatkan risiko serangan jantung dan stroke.
    Jenis ini tidak bergantung kepada insulin. Tubuh masih mampu menghasilkan insulin tetapi jumlahnya tidak mencukupi atau berlakunya resisten insulin terhadap sel tubuh khususnya pada bahagian lemak, hati dan otot. keadaan ini mengakibatkan pankreas berusaha keras untuk menghasilkan insulin namun insulin tidak mampu mengawal glukosa dalam darah.

Friday, 8 January 2016

Resdung dan antibiotik

Entri :34
Teks :rosniwati jamaludin

 Apakah resdung perlu dirawat dengan antibiotik?

      Tidak semua resdung perlu dirawat dengan antibiotik. Bergantung pada penyebab jangkitan. Yang sering terjadi jangkitan disebabkan oleh virus berbanding bakteria.  Apabila disebabkan oleh bakteria baru dipertimbangkan pemberian antibiotik.
     Infeksi terjadi apabila cairan terperangkap atau cairan tidak dapat mengalir dengan lancar melalui rongga/sinus.
     Namun perlu dibezakan juga dimana keadaan yang gejalanya mirip dengan resdung antaranya alergi dan jangkitan fungus@0kulat.
     Antara faktor risiko terjadinya resdung ialah

Pada dewasa:
*terdapat riwayat jangkitan saluran pernafasan
*kekebalan imun sistem yang lemah
*terdapat polip hidung
*alergi
Pada kanak-kanak:
*minum susu ketika berbaring
*menghidu asap rokok

Gejala resdung:
*sakit kepala
*hidung tersumbat atau berair
*kurang deria bau
*sakit di muka(apabila kawasan tertentu ditekan)
*hidung berhingus
*sakit tekak
*demam
*batuk
*letih
*gangguan pernafasan





Wednesday, 23 December 2015

Gout

Entri :26
Teks  :Rosniwati  Jamaludin
Foto   :Google

Gout
     Gout merupakan sejenis penyakit metabolik.  Ia sering dihadapi pada kaum lelaki di usia pertengahan dan pada kaum wanita yang telah menopous. Ia terjadi akibat peningkatan asid urik didalam tubuh dimana ditandai dengan peningkatan asid urik di dalam darah
     Seringkali dapat dilihat  dengan gejala 'episodic acute arthritis 'dan 'chronic arthritis'.  Pada awalnya yang dapat dimanifestasi gejala 'episodic acute arthritis'.  Pada awalnya ia menyerang sendi jari-jari kaki diawali ibu jari kaki  dan seringkali memberi efek pada sendi-sendi buku lali da lutut. Pada mereka yang berusia lanjut ia juga boleh melibatkan pada sendi-sendi tangan.
Peradangan Heberden's nodes dan Bouchard's nodes Kemungkinan manifestasi awal terjadi gout arthritis.


     Pada peringkat  permulaan 'acute gout arthritis', sering terjadi di malam hari dimana pesakit mengeluh sakit sendi dan bengkak. Sendi berkenaan menjadi hangat dan kemerahan dengan cepatnya. Apabila dilihat secara klinikal ia mirip 'cellulitis'.  Pada permulaan serangan ia cenderung mereda dengan sendirinya pada hari ke 3 hingga ke 10.  Kebanyakan pesakit mempunya jangka masa tanpa sebarang gejala yang berbeza-beza sebelum mencapai episod serangan berikutnya.