Showing posts with label Catatan Harian. Show all posts
Showing posts with label Catatan Harian. Show all posts

Monday, 25 January 2016

Dilema kegemukan

Entri:43
Teks :rosniwati jamaludin

Masalah kegemukan atau dengan bahasa yang lebih sopan lagi masalah berat badan berlebihan memang sering diperbahaskan. Tidak kiralah saat bayi, kanak-kanak, remaja atau dewasa hinggalah ke usia emas ia betul-betul amat merungsingkan.  Pada bayi dan kanak-kanak memang comel kelihatan gendut.Tapi berbeza saat remaja,  remaja sendiri memiliki perassan malu dengan struktur tubuh berlebihan. Menginjak dewasa, mula memikirkan risiko 1001 penyakit akibat dari kegemukan.  Di usia emas, anda bakal mendapat pelbagai pakej penyakit akibat dari kegemukan.

Jadi, penting sangat memiliki berat badan ideal.  Bukan hanya faktor kecantikan paling utama kesihatan.  Yang sering menjadi persoalan

-kenapa gemuk sangat?
-saya makan sikit,  dia makan banyak,  tapi saya gemuk,  dia kurus?
-dah diet tapi berat badan naik, kenapa?
-boleh makan apa je?
-susah la nak kawal makan, lapar je macam mana?
-senaman? senaman yang macam mana?
-diet atkin ok ke?
-amik ubat kurus bagus tak? ada kesan sampingan ke?
-ibu mengandung dan menyusukan nak diet macam mana?
-liposuction ok tak? (ingat murah nak liposuction?)

Saya pun tidak terlepas dengan masalah ini.  Selepas bersalin cukup susah nak turunkan berat badan.  Bila kawal makan,  lapar.  Bila lapar,  macam mananak menyusukan budak? Macam-macam pula alasan. Saya ambil kesempatan dengan blog ini untuk saya jadikan medium perkongsian untuk diet harian.  Saya bukanlah professinal dalam bidang ini,  namun saya masih boleh merujuk mereka yang arif bidang ini.






Migrine

Entri :39
Teks : rosniwati jamaludin

     Hari ini saya bergiat dan bertungkus-lumus menyiapkan tugasan blog.  Beberapa kali tergendala seketika akibat faktor kesihatan dan kemudahan internet yang sebelum ini tidak menentu. Namun saya masih tidak berputus asa menyiapkan tugasan 44 enti.
     Rutin setiap petang saya berusaha mencuri masa memasukkan entri-entri menarik di blog.  Kemudian saya mula mengulangkaji pelajaran. Mungkin agak banyak tugasan yang perlu disiapkan otak saya menjadi letih.  Akibatnya saya diserang migrine.  Sebenarnya sudah lama juga saya tidak diserang migrine.
     Selepas solat isyak saya terus berusaha melelapkan diri.   Lampu diadamkan untuk mengelakkan pencahayaan.  Memang itulah terapi migrine. Rase ingin berehat  seketika dari rutin harian yang.  Merehatkan minda.  Namun ianya terlalu sukar, sakit kepala yang berterus benar-benar mengganggu.
   Anak saya yang berusia 2 tahun perlahan-lahan menghampiri saya lalu bertnya,  "umi, umi wat pe? " dia bertanya dengan nada pelatnya.  Saya tahu dia ingin bermanja.  Tapi saya tak mampu untuk melayan karenahnya.  Saya memberitahu yang saya sakit kepala dan meminta dia biarkan saya sendirian. Tidak sampai satu minit dia datang dengan membawa krim bioliz di tangan. Saya amat terperanjat kerana ketika itu saya juga ingin mencari krim bioliz,  akibat kesakitan yang melanda namun saya tidak mampu untuk bangun mencarinya.  Alhamdulillah, Allah mudahkan saya dengan bantuan si anak kecil berumur 2 tahun.
Saya juga kagum dan tidak menyangka si kecil berusaha membantu saya. Terima kasih sayangku. Alhamdulillah setelah menyapu krim itu di kepala rasa sakit berkurang.  Ekstrak serai wangi dari krim bioliz memang sangat mengharumkan dan menyegarkan.  Turut diiringi rase berangain dan sedikit panas menghambat kesakitan. Di dalam krim tersebut juga terdapat kandungan habbatuss sauda.  Saya juga minum satu sudu minyak habbatus sauda dan satu sudu madu.  Alhamdulillah., sekitar 30 menit kemudian, sakit di kepala sudah beransur hilang.

Telur rebus dan berpantang

Entri :38
Teks : rosniwati jamaludin
Foto : google

     Selepas bersalin para kaum ibu akan melalui satu fase dan tempoh yang dikenali masa berpantang.  Ada yang mengataka pantang cukup untuk 44 hari sahaja namun ada yang berkata mesti genap 100 hari. Si ibu selama tempoh tersebut berpantang terutamnya dari sudut pemakan.  Bila mengingat kembali memori saya berpantang dari anak pertama hingga seterusnya, saya mengamalkan pemakanan berkhasiat.  Nasi putih, ayam, ikan, telur, daging, sayur-sayuran dan buah-buahan menjadi menu hidangan saya.  Tidak dinafikan ada yang menasihati saya untuk elakkan makan ayam, telur dan perlbagai makanan lain, namun saya sebagai seorang yang pernah mempelajari ilmu perubatan saya yakin sesungguhnya makanan tersebut mengandungi banyak khasiat dan sebagai seorang ibu yang menysukan sudah tentu kita perlukan perlbagai zat,nutrisi serta vitamin.  Alhamdulillah, selama berpantang saya tetap mengamalkan pemakanan seperti sebelumnya. Prinsip saya selagi ia berkhasiat saya tetap amalkan.  Salah satu petua saya amalkan memakan telur rebus sehari sebanyak dua biji untuk mempercepatkan luka.  Ini merupakan nasihat dari salah seorang dokter pakar puan. Saya cuba amalkan sewaktu saya bersalin czer juga.
     Pernah juga sahabat saya minta  nasihat apa patut dia amalkan untuk mempercepatkan luka episiotomi. Dia mengadu pedih-pedih.  Saya mengesyokan dia memakan dua biji rebus sehari. Awalya dia membantah kerana bimbang gatal-gatal.  Saya membalas selagi tiada sebarang alahan dan alergi jangan bimbang.  2 hari berikutnya dia memberitahu lukanya itu mulai kering dan sakit makin berkurang.  Akan datang bakal saya kongsikan khasiat telur rebus.


Thursday, 7 January 2016

Abah dan agrohighlands

Entri:31
Teks : rosniwati jamaludin
   Baru hari ini saya keluar sarapan di luar setelah sekian lama melalui fasa berpantang. Sebenarnya saya jauh lebih selesa bersarapan di rumah. 5 orang anak kecil dengan pelbagai karenah. Ada yang sifat mudah jatuhkan barang,  jadi bila sarapan sudu garfu kelentung-kelentang jatuh ke lantai.   Ada yang kerap tumpahkan air.  Ada yang tidak tahan berpanas.  Baru 5 menit dah 'berlenggeng'. Tapi dek kerana saya amat  sukakan berniaga saya jadi teruja ingin melihat jualan peniaga sarapan di luar.
     Dulu saya pernah berpengalaman membuat kuih-muih kemudian dipasarkan ke kedai-kedai sarapan.  Bagi saya ia satu kepuasan walaupun margin keuntungan tidaklah besar namun risiko kerugian kecil.   Kadang terlintas juga di benak fikiran, ada dikalangan orang melayu kita berniaga sudah bertahun-tahun,  tapi kemajuan tidak banyak.  Namun ada yang menunjukkan satu kemajuan yang memberangsangkan seperti usahawan kosmetik Dato' Vida.  Namun apabila mendengar kisah mereka,  mereka pernah melalui keperitan hidup.  Bahkan mereka berusha dengan pelbagai usha sebelum mereka bertapak dengan kejayaan mereka.
     Mengingatkan kisah abah,  yang bersekolah hanya sehingga darjah 3 kerana keluarga tidak mampu biaya persekolahan.  Dari usia 4 tahun berniaga kuih-muih ke rumah. Usia 15 tahun membuat air di kedai kopi. Berhijrah ke Cameron Highlands waktu usia 20an.  Itupun bekerja dengan tauke cina di kebun. Sekarang alhamdulillah sudah memilik bisnes sendiri dan mempunyai pekerja sendiri.   Benar kata Puan Ainon Mohd, untuk berjaya kena berkuli dahulu.
    Argohighlands,  inilah hasil yang abah berjaya buktikan.  Homestay, apartment dan kebun strawberry.  Mungkin anda yang ingin bercuti ke Cameron Highlands anda boleh betkunjung ke agrohighlands. 

Tuesday, 5 January 2016

Keluargaku

Teks : rosniwati jamaludin
Entri : 29
Foto : hak milik sendiri


     Sebelum ini kami tinggal sekeluarga.  Menjalani rutin harian sebagai surirumah dan juga seorang isteri dan ibu kepada anak-anak menjanjikan kesibukan tanpa sempadan.   Apatah lagi kini tinggal dalam keluarga yang besar.  Memang agak sukar untuk menfleksibelkan masa namun satu kemanisan hidup dirasai apabila bersama. Alhamdulillah diberi kesempatan hidup dengan aktiviti berjamaah.  Solat,  makan,  masak dan mengemas rumah bersama-sama menjadikan kebahagiaan amat bermakna.  Meniti hari mendatang belum tentu menjamin kehidupan seperti sekarang.  Jadi bersyukur atas nikmat yang Allah berikan.
     Saya dan emak sedang mempersiapkan diri untuk memasak. Abah, suami dan adik2 sibuk bekerja. Anak-anakku sedang menjalani sesi 'homeschooling'.  Atok-atok berehat sambil terkadang menemani cicit yang usia sebulan sedang nyenyak tidur.  Inilah kehidupan yang sedang saya lalui.  Anda bagaimana? Dan yang paling menariknya hari ini sempat juga memasukkan entri blog!
     Ikan bawal besar hasil tangkapan atok ke pasar hari ini.   Atok kata ikan lain tiada,  peniaga kata ikan lain tak bangun lagi,  tidur lagi. Atok lelaki sudah berusia 84 tahun,  namun masih gagah menjadi imam masjid,  gagah memandu dan berbelanja ke pasar.  Atok seorang yang dermawan.   Kadang saya terfikir,  mungkin sifatnya itu juga dia diberi nikmat usia yang panjang.

# sudu saiz besar tu

Wednesday, 23 December 2015

Rezeki

Entri :25
Teks  :Rosniwati Jamaludin

     Rezeki pemberian Allah terdapat dalam perlbagai bentuk.   Ramai yang salah penafsiran melihat rezki hanya dari bentuk duit.   Rezeki mencakupi aspek yang luas.   Bukan sahaja betsifat ringgit atau dollar,  atau harta maupun kereta mewah.   Kesihatan yang baik,  kelapangan hati dan kegembiraan juga merupakan rezki.
     Alhamdulillah.  Bersyukur kehadrat Allah dimana kami dikurniakan cahaya mata.   Kehadiran ahli baru dalam keluarga kami juga merupan rezeki yang tidak ternilai harganya.  Ia juga amanah dan juga ujian dari Allah.
     Sekian lama saya berhenti menulis entri memandangkan kesihatan yang tidak menentu.   Hari ini saya meneruskan lagi visi dan misi menyiapkan serta menyelesaikan tugasan yang diberikan.   Harap saya dapat konsisten menulis dan terus menulis entri. 

Wednesday, 25 November 2015

Berat Badan dan Kehamilan

Entri : 24
Teks : Rosniwati Jamaludin
   
     Menganjak usia kehamilan 36 minggiu, wanita hamil dikehendaki menjalani 'check up' berkala seminggu sekali.   Seperti biasa akan dilakukan ujian air kencing,  darah,  berat badan,  tekanan darah dan beberapa pemeriksaan fizik dilakukan.  Scan juga turut dilakukan pada 36 minggu dan akan dilanjutkan pada tarikh melahirkan(sekiranya anda belum bersalin).
     Alhamdulillah,  sepanjang hamil cuma pernah 2 kali tekanan darah tinggi.   Sekarang dalam keadaan stabil.  Baru-baru ini agak terperanjat kerana kaki mulai bengkak(edema) dan terdapat bacaan protein dalam air kencing. Saya mula bimbang kerana ini tanda- tanda eklampsia,  kalau orang Perlis kata sawan.  Alhamdulillah, pada hari ini bengkak di kaki berkurang dan bacaan air kencing normal.   Menjadi masalah sekarang berat badan naik mendadak.   Sebelum ini saya tidak pernah menghadapi masalah diabetik,  kencing manis.   Berat badan yang mendadak naik menyebabkan saya harus melakukan pemeriksaan berat badan dan tekanan darah selang sehari.
     Sekarang saya cuba mengawal diet pemakanan.   Makan dalam kuantiti yang kecil.   Elakkan dari makan malam hari.  Tidak meminum air manis dan lebihkan air masak.  Pada anda yang mengalami masalah terdapat protein dalam air kencing,   tingkatkan pengambilan meminum air masak.   Alhamdulillah, ini telah saya amalkan berhasil.  Cuma sekarang usha saya dalam mengawal berat badan.   Kepada anda yang mempunyai pengalaman saya begini,  anda boleh kongsikan bersama.

Saturday, 14 November 2015

Bahaya Vape

Teks : rosniwati jamaludin
Foto  : Star
Entri :21

    Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum sahabat-sahabat blogger.   Sedang saya membelek-belek akhbar 'Star'terjumpa satu isu menarik tentang 'vape'.  Memang isu 'vape'tengah hangat.   Ada golongan anti-'vape' dan ada golongan pro-'vape'.   Dari pelbagai sumber yang saya dapatkan telah jelas apa-apa perkara yang boleh memudaratkan kesihatan haram di sisi islam. Tapi anehnya,  masih ada kalangan  yang mempertahankan 'vape' atas alasan ianya jauh lebih selamat dari merokok.   Bahkan boleh menjadi satu medium alternative kepada perokok untuk berhenti merokok dan beralih kepada 'vape'.   Ibaratkan,  kita boleh pilih racun, tapi pilihlah racun yang lebih selamat!. Semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua dalam usaha 'amar makruf nahi mungkar'.  Wahai rakyat Malaysia yang dikasihi,  sila ikuti kedua kes di bawah ini. Saya dapatkan dari keratan akhbar Star. Fikir dan fikirkanlah.
 
Kes pertama :
Kanak-kanak berusia 4 tahun muntah-muntah akibat mengalami keracunan selepas secara tidak sengaja terminum atau merasa cairan nikotin 'vape'.   Menurut sumber diberikan kanak-kanak jauh lebih mudah tertatik kerana pada cairan tersebut terdapat aroma dan warna yang khas.

Kes kedua :
Seorang lelaki dewasa berusia 23 tahun mengalami keracunan setelah menggunakan 20ml cairan nikotin 'vape'.
 
     Kejadian ini telah berjaya dikesan oleh pihak  Universiti Sains Malaysia National Poison Centre (NPC). 

Saturday, 7 November 2015

Jualan Teh di Cameron Highlands

Teks : rosniwati jamaludin
Entri : 19
     Alhamdulillah, minggu ini kami sekeluarga selamat sampai di kampung halamanku.   Terubat rindu bertemu emak,  abah dan adik-adik tercinta.
     Kali ini,  kami mengambil peluang berniaga di Agrohiglands Chalet dan Apatment.  Kami menyediakan meja kecil untuk meletak produk kami.  Teh beraneka rasa.  Ada perisa strawberri,  'blackcurrent' , 'earl gray'dan 'serai'.   Teh tersebut merupakan produk Cameron Valley.   Kami juga turut menjual produk kesihatan iaitu habbatus sauda,  minyak zaitun dan krem bioliz.   Sempat juga kami diberi peluang oleh orang tua saya menjual strawberi segar.
     Alhamdulillah.  Buah strawberry mendapat sambutan memberangsangkan.   Menurut Baya,  salah seorang pekerja Bangladesh abah,  hari Sabtu jualan tak seberapa.   Tapi Ahad boleh terjual 30 kotak strawberi.   Namun,  hari ini kami menjual 34 kotak strawberi.
     Sedikit tips ingin saya kongsi tentang teh di Cameron Highlands.  Produk yang banyak beredar di pasaran jika dilihat teh jenama Boh.   Memang tidak ditemukan jenama Cameron Valley di luar Cameron Highlands.   Kalau anda ke pasar malam Brinchang,  memang ditemukan pelbagai jenis teh dengan harga tersangat murah.   Para penjual pasti menyatakan ia teh dari Cameron Highlands.   Itu adalah satu penipuan,  dimana teh tersebut mereka dapatkan dari negara Cina dengan harga yang rendah.   Jadi mereka mampu menjual dengan harga lebih rendah berbanding teh Cameron Highlands. Jadi,  jangan tertipu dengan peniaga sebegini.   Maklumat ini kami dapatkan dari salah seorang pekerja Cameron Valley.   Harap infomasi ini bermanfaat untuk semua.

Monday, 2 November 2015

Masak Daging Merah Minang

Teks : rosniwati jamaludin
   Kadang-kadang tekak teringin nak makan masakan lain dari biasa.   Hari ini saya,  mak mertua dan pembantu rumah,  Idah sama-sama bergandingan masak daging merah ala-ala minang.   Saya pun tak pasti nama resepi tersebut secara tepatnya.
    Jenuh juga  google, akhirnya jumpa di youtube daging goreng minang.   Sebenarnya nak masak daging merah resepi Terengganu.   Tapi kami tidak tahu resepinya.  Walaupun saya anak kelahiran Terenggani,  saya sendiri tidak pernah merasa daging masak merah versi Terengganu.    Akhirnya jadilah daging merah minang.   Tidak pasti masakan ini berasal dari negeri mana.   Cuma kalau ada minang-minang mungkin masakan Negeri Sembilan.
   Jom,  saya belanja gambar.

Tuesday, 29 September 2015

Allah Sebaik-baik Perancang

Teks : rosniwati jamaludin
     15 November 2009, detik bersejarah lahirnya  putera sulung penyeri rumah tangga kami.   Masih tersimpan erat dalam lipatan memori ketika melahirkan suami berada di Indonesia bagi menyelesaikan pengajian.   Saat kelahiran ditemani  jururawat-jururawat wanita yang memberi layanan kelas pertama.   Mungkin simpati memenuhi ruang hati mereka apabila mendengar suami jauh di rantauan.
     3 bulan selepas melahirkan,  saat paling perit dirasakan.   Saya harus menyambung pengajian yang masih belum selesai di Indonesia.  Alhamdulillah waktu itu suami sudah mula bekerja di Malaysia. Namun,  perpisahan dengan si kecil sangat menyakitkan.   Paling menyayat hati si kecil ditinggalkan bersama orang tua saya di Pahang,  suami bekerja di Johor dan saya di Indonesia.  Selama hampir 5 bulan berjauhan dengan si kecil dan suami.   Pulang sebulan sekali sahaja untuk menziarahi mereka. Memang benar orang kata,  berjauhan dengan anak jauh lebih perit. Namun itulah penguat motivasi untuk menyelesaikan perkuliahan.
   Tamat tempoh pengajian,  saya terus membuat pertimbangan sama ada untuk bekerja atau tetap di rumah.   Setelah berbincang dengan suami dan istikharah,  saya ambil keputusan muktamat untuk tetap di rumah.  "Ruginya,  dah belajar tinggi-tinggi tak kerja.   Tak fikir panjang," itu antara komentar yang sering dihujani setelah mendengar keputusan saya.  Alhamdulillah,  suami sanggat-sangat memberikan kata semangat.   Masih terngiang-ngiang nasihat suami "Sabar, tanggungjawab isteri yang utama adalah terhadap suami dan mendidik anak-anak.  Anak-anak amanah dan setiap amanah bakal dipersoalkan di akhirat kelak.   Tempat terbaik wanita di rumah agar jauh dari fitnah".
   Alhamdulillah,  perancangan Allah sebaik-baik perancangan.   Saya mempunyai masa bersama dengan suami dan anak-anak.   Selepas melahirkpan anak kedua,  saya mula berjinak-jinak dengan dunia bisnes yang berasaskan dari rumah.  Pada awalnya bermula dengan cuba-cuba bisnes atas dasar minat. Bermula dengan membuat kuih muih dihantar ke kedai sarapan. Membuat air soya dan taufufa. Sehingga saya mula mengikuti kursus-kursus kek dan aneka roti.   Alhamdulillah dengan hanya berbisnes cuba-cuba dan suka-suka,  saya dimudahkan untuk mengumpul duit bagi membiayai yuran kelas masakan. Ar-rizq minallah.   Rezki dari Allah. Bahkan suami turut membantu melengkapkan peralatan meroti.
   Masuk kehamilan kelima,  saya mengalami alah yang berat berbanding kehamilan sebelumnya.  Aktiviti agak terbatas.   Walaupun tangan ni sebenarnya cukup gatal untuk meroti.  Saya terfikir,  mungkin Allah ada perancangan lain yang terbaik untuk saya.   Akhirnya,  saya terfikir sementara menunggu persalinan mungkin saya masih boleh berbisnes yang tidak memerlukan tenaga yang agak berat.   Saya terfikir berbisnes online dan dropship online. Kebetulan suami saya juga sekarang sedang mengembangkan bisnes produk-produk kesihatan.  Mungkin saya boleh membantu mempromosi produk tersebut.  Tapi saya tiada sebarang asas ilmu bisnes online.   Sehingga saya dipertemukan dengan  blog Puan Nasriah,  saya mula membaca blog beliau.  Saya teruja dengan blog dan penulisan beliau. Akhirnya,  saya mengambil keputusan berguru dengan mengikuti kursus asas blog dan penulisan disamping mengikuti bisnes dropship.   Saya mulai sedar dengan penulisan blog  juga kita boleh membawa pembaca setia menjadi pelanggan kita   Dari sini titik pertemuan dengan Puan Anys selaku guru blog saya.  Saya diberi tugas menjawab beberapa soalan analisa.   Atas nasihat beliau,  beliau mencadangkan untuk saya mengkhususkan blog tentang rawatan tradisonal.   Awalnya agak susah,  kerana ia bukanlah di bidang saya.   Cuma saya ada cenderung dan minat yang mendalam tentang rawatan tradisional.   Turut membantu juga saya mempunyai kelebihan tentang ilmu perubatan modern.  Mungkin ini satu wadah untuk saya menyalurkan ilmu yang saya ada agar bermanfaat untuk semua. Saya sedar,  ilmu perubatan sentiasa "up to date", Insyaallah dengan niat berkongsi ilmu Allah tambahkan ilmu saya juga.   Saya teringat salah seorang prof di Indonesia pernah berpesan dalam nada gurauan supaya kita banyak berfikir agar otak tak atrofi(mengecil) seperti orang tua-tua.
     Kini,  saya berusaha menyiapkan tugasan untuk 44 entri.  Alhamdulillah  dengan bimbingan Puan Anys banyak yang saya pelajari.   Menarik juga di sini,  saya dapat mengenali rakan-rakan akademi di mana saya dapat mengikuti pelbagai kisah dan perkembangan yang bermanfaat.
     Jadi, janganlah kita bersusah hati,  resah dan gelisah sekiranya ditakdirkan apa yang berlaku di luar perancangan kita.   Sesungguhnya,  perancangan Allah yang terbaik. 

Saturday, 19 September 2015

Pemeriksaan Kesihatan

Teks : rosniwati jamaludin
      Saya bergegas turun ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi.   Ternyata mak mertua dah siap menggoreng mi goreng.  Awal mak goreng dari hari biasa.  Saya tak sempat menolong.   Bagi saya ni menu istemewa sebab mi goreng mak adalah mi goreng paling sedap yang pernah dinikmati.   Pergi makan kat kedai mana sekalipun,   tetap tekak terasa mi goreng mak tak setanding dari yang lainnya. Inilah kelebihan ibu mertuaku.   Walaupun dah beberapa kali guna resepi mak,  namun tetap tak sama. Pernah saya mengomel,  "Ros masak resepi sama,  tapi mak masak lagi sedap. Kenapa ye? ".  Tapi seperti biasa mak akan kata,  "Alah Ros,  sama je la. "  Mak memang seorang yang merendah diri.
       Baru teringat yang hari ni mak,  abah,  suami dan adik-adik-adik ipar nak pergi buat pemeriksaan kesihatan.   Patutlah mak bersegera menyediakan sarapan walaupun mak berpuasa dari malamnya untuk pemeriksaan darah.  Pemeriksaan  kesihatan adalah percuma untuk penduduk di sekitar taman ini dan ia adalah percuma.   Kalau tak silap ini termasuk kempen kesihatan.  Mak terus bergegas ke bilik menyiapkan diri begitu juga  dengan abah , suami dan adik-adik ipar yang turut serta.    Tinggal saya dan adik ipar yang berusia 17 tahun.  Sebenarnya,  kalau ikutkan hati memang nak pergi juga,  tapi memandangkan si kecil nyenyak tidur dan anak-anak pun mamai baru bangun tidur,  jadi memang tiada pilihan.  Diriku pasrah di rumah sahaja.   "Bestla pi,  dapat cek macam-macam. Kot cek kolestrol pun ada.",getus hatiku.   Setakat cek blood pressure, gula darah tidak ralat sangat sebab setiap bulan cek di Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak.
       Dalam jam 11 tengah hari mereka pulang.   Terus saya membelek-belek rekod kesihatan.  Yang diperiksakan bmi, tekanan darah dan gula.  Jadi,  tak ralat la camtuh.   Semua normal  tapi mengejutkan tekanan darah mak tinggi 170 lebih bacaan sistole.  Saya faham apa mak mertua rase sebab saya pun pernah mengalami.  Walaupun bacaan waktu tu 140/70 disebabkan tengah hamil memang perlu hati-hati.   Takutnya bukan kepalang.   Dalam otak ni dah risau kalau ni tanda-tanda pre-eklampsia.  Kalau betul sangat bahaya.  Bayi kecil dari usia kehamilan,  uri boleh terlepas, kemungkinan czer waktu melahirkan dan pelbagai lagilah kemungkinan yang tidak diingini terjadi.  Saya dulu sangat malas untuk pergi cek kehamilan.  Faham-fahamlah klinik kesihatan ambil masa lama menunggu.  Tapi sebab takut sangat,  saya ushakan pergi cek tekanan darah selang sehari selama empat kali berturut-turut seperti yang ditetapkan.  Alhamdulillah bacaan seterusnya normal.  Selama tu juga saya  cuba mengamalkan pemakanan sihat.   Kurangkan pengambilan garam.   Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan.   Minum air masak secukupnya.   Saya mula mengamalkan kembali meminum minyak zaitun yang sekian lama ditinggalkan.  Sebelum ni saya konsisten dengan habbatus sauda sahaja.
     Jadi kepada bakal-bakal ibu,  saya nasihatkan rajin-rajin pergi klinik untuk pemeriksaan kehamilan.   Jangan betmalas-malasan Memang nampak pemeriksaan agak sepele.   Pemeriksaan rutin kehamilan seperti berat badan,  tekanan darah,  darah, air kencing dan gula darah.    Tapi itu semua sangat-sangat mempengaruhi kandungan kita. Insyaallah nanti saya akan update tentang bahaya tekanan darah tinggi saat hamil.   Dan apa petua tradisional yang patut diamalkan.   Jadi sila ikuti post saya seterusnya.