Showing posts with label Rawatan Tradisional. Show all posts
Showing posts with label Rawatan Tradisional. Show all posts

Monday, 18 January 2016

Rawatan tradisional resdung 2

Entri : 36
Teks : rosniwati jamaludin
Foto : google

Cuka Epal
Pada awal-awal jangkitan campurkan 1-2 sudu teh cuka epal bersamaan 6 auns air dan satu sudu teh madu atau stevia(untuk mendapatkan rasa manis).  Minum 3 kali sehari selama 5 hari.  Cuka epal membantu mengencerkan lendir  supaya ia mudah dibuang.

Ekstrak biji limau/"grapefruit seed extract(GSE)
Ekstrak citrus sangat berkesan sebagai rawatan alami menggantikan antibiotik, bahkan ia juga dapat menghalang parasit, bakteria, virus dan 30 jenis fungus@kulat termasuk Candida.  Anda boleh dapatkan GSE, ia dijual dalam bentuk spray. Ia boleh meringankan sinusitis anda

Friday, 8 January 2016

Rawatan tradisional resdung 1

Entri : 35
Teks : rosniwati jamaludin 
Foto : google
 1) Diet
Sewaktu jangkitan utamkan pengambilan sumber berunsur bijirin,  kekacang, sayur yang masak tidak terlalu lama dan sup.  Elakkan memakan makanan yang boleh meningkatkan produksi lendir seperti makanan yang berasaskan tepung, telur,  coklat,  makanan bergoreng,  gula dan produk tenusu. Minum air masak yang banyak. 

2)Herba
Lada merah, bawang putih,  bawang merah dan lobak(berwarna putih)  boleh ditambah ke dalam sup untuk menghalang penghasilan lendir. Terdapat artikel yang menyatakan rawatan traditional yang berkesan ialah dengan menggunakan  satu sudu lobak (putih)  yang dihancurkan ke dalam perahan jus lemon untuk dimakan.  Jika di Jepun,  mereka boleh memakan wasabi. 


3)Neti Pot
Campurkan 2 sudu kecil garam ke dalam 2 cawan air suam. Sebaiknya anda berada di depan sink terlebih dahulu. Masukkan satu cawan air ke dalan neti pot. Letakkan hujung corong pada salah satu lubang hidung. Condongkan kepala ke arah berlawanan dari hidung yang dimasukkan air supaya air dapat mengalir keluar melalui hidung sebelahnya. Jangan sekali-kali menggerakkan kepala ke depan dan belakang untuk mengelakkan  aliran air memasuki saluran tekak. Penuhkan neti pot untuk ulangi pada hidung satu lagi. 

Wednesday, 6 January 2016

Meningkatkan susu ibu

Teks : rosniwati jamaludin
Entri : 30
Foto  :google

     Beberapa hari lepas susu badan tidak berapa lancar.   Bayi saya seusia sekitar 30 hari meragam-ragam. Sampai satu ketika saya jadi stress.  Bayi tidak cukup menyusu meragam sebab tak puas menyusu.  Saya pula stress sebab dengan karenah si kecik meragam-ragam. Lagi stress makin susu berkurang. 
     Alhamdulillah. Hari ini susu banyak seperti waktu awal-awal persalinan.  Saya cuba amalkan habbatus sauda, minyak zaitun dan air halba. Saya tidak  nafikan badan saya dan si kecil agak terasa hangat tapi tidaklah sampai ke tahap demam.   Halba dan habbatus sauda bersifat menghangatkan badan.  Namun,  rasa hangat tidaklah membuatkan si kecil meragam.  Kalau ada yang bermasalah seperti saya boleh cuba amalkan seperti di atas.   Khusus untuk halba, saya rebus sesudu halba dengan segelad air hingga ia mendidih.  Air rebusan tersebut diminum. Halba boleh diguna pakai sekali lagi.
Khasiat halba:
#melancarkan haid
#menghilangkan kembung, sebu dan senak
#pencuci perut 
#menguatkan jantung
#menghilangkan lendir tekak
#mengurangkan sakit kepala/migrine
#membuang angin
#menyembuhkan buasir
#senggugut
#merangsang rahim
#kegemukan
#mengurangkan berat badan 
#mengawal kencing manis
#radang kulit

Thursday, 24 December 2015

Halia dan Gout

Entri :27
Teks  :Rosniwati Jamaludin
Foto  :Google

     Baru semalam adik saya wassap memberitahu dia sedang berada di hospital universiti untuk melakukan pemeriksaan darah.  Kaki bengkak, kemerahan dan terasa sangat sakit.   Memang sebelumnya dia memberitahu masalah gout yang dihadapi sebelum inim  Kali ini saya ingin kongsi kelebihan halia dalam merawat gout.   Info ini saya dapatkan dari blog seorang pakar puan iaitu dr. Hamid Arshat. Saya sangat-sangat meminati penulisan beliau.  Dari rawatan moden hingga rawatan tradisional penuh dengan info ilmiah.
   Apa yang saya dapatkan tentang halia dimana ia mempunyai zat gingerol dan shogaol yang berperanan dalam pengubatan.  Ia juga mengandungi vitamin A, C,  E dan B compleks. Juga mengandungi pelbagai logam potassium, maganase,  magnesium, phosphorus, sodium,  iron,  zinc dan kalsium. Terdapat juga beta carotene.
     Halia mengandungi pelbagai khasiat.  Ia boleh mengurangkan sakit sendi pesakit artritis.   Halia mengawal inflamasi atau peradangan yang berterusan kepada pesakit arthritis dan gout.
     Ada beberapa cara pengambilan halia.  Ia boleh digunakan dalam masakan seperti steam ikan dan ayam. Selain itu halia boleh dijadikan minuman.   Halia dihiris kemudian direbus hingga mendidih. Kemudian disimpan semalam, air halia diambil dan hampas dipisahkan. Air halia boleh diminum dengan madu.

Thursday, 29 October 2015

Rawatan Tradisional Sakit Tekak 4 & 5

Teks : rosniwati jamaludin

Sos dan air
     Lada benggala merupakan lada yang pedas dimana ia dapat membantu mengurangkan rase sakit dan dan mengurangkan bengkak tekak.   Dalam kaedah ini anda bileh menggunakan serbuk lada atau sos lada.    Campurkan  sedikit serbuk lada atau sedikit sos cili ke dalam satu cawan air panas.   Apabila berkumur,  rasenya agak perih tetapi teruskan berkumur hingga 15 menit dan ia memberi kesan yang melegakan.



Serbuk kunyit dan air
   Rempah kunyit terkandung zat antioksidan yang tinggi.   Bahkan para ilmuan khususnya ahli sains ada yang berpendapat ia berperanan untuk melawan penyakit yang berbahaya.   Bagi rawatan secara tradisional ini,  anda boleh mencubanya dengan mencampurkan setengah sudu teh serbuk kunyit bersamaan dengan setengah sudu garam.   Kemudian bahan-bahan tersebut dilarutkann di dalam air dan seterusnya digunakan untuk berkumur.




Monday, 21 September 2015

Rawatan Tradisional Sakit Tekak(2&3)

Teks : rosniwati jamaludin

   Lanjutan dari kaedah berkumur   sebelumnya.  Ikuti kaedah seterusnya.

Kaedah kedua: Jus lemon dan air

   Campurkan satu sudu teh jus lemon ke dalam air.  Kemudian gunakan untuk berkumur.   Kandungan astrigen(menurut kamus rase ketajaman)  membantu mengecilkan pembengkakan atau peradangan yang terdapat pada  lapisan tekak dan ianya juga mempunyai sifat asid yang dapat membantu menghambat pembiakan virus dan bakteria.

Kaedah ketiga : Halia,  madu, jus lemon dan air

   Kaedah kali ini diperlukan satu sudu teh serbuk halia(atau pati halia),  satu sudu teh madu,  setengah cawan air panas dan setengah biji  perahan jus lemon.  Campurkan air panas bersama serbuk atau pati halia,  diikuti jus lemon dan madu.   Setelah dicampur sebati bolehlah digunakan untuk berkumur.   Madu akan berfungsi menutupi lapisan tekak dimana ia menghalangi pembiakan bakteria. 

Friday, 11 September 2015

Rawatan Tradisional Sakit Tekak (1)

Entri : 3
Teks  :Rosniwati Jamaludin


     Seringkali kita mengalami masalah sakit tekak terutama bila berlaku perubahan cuaca,  dari cuaca panas ke sejuk dan begitulah sebaliknya.

     Kali ini saya ingin sajikan beberapa  kaedah rawatan sakit tekak secara tradisional.   Rawatan berkonsepkan berkumur  dalam usha merawat masalah sakit tekak.  Anda boleh memilih mana-mana kaedah rawatan sesuai dengan keserasian anda.   Ikuti tips yang dikongsikan.

Kaedah Pertama : Garam dan air

     Hanya menggunakan air suam dan garam Insyallah mampu melegakan sakit tekak.   Sangat mudah,  diperlukan 1/4 sudu teh garam dan dicampurkan dengan satu cawan air suam.  Setelah itu kumur untuk beberapa kali sehingga habis.  Mesti menggunakan air suam,  jangan sesekali menggunakan air sejuk kerana ia tidak memberi tindak balas yang sempurna untuk tekak anda.   Garam yang bersifat alkali mampu meneutralkan asid di tekak anda.   Bahkan ia mengurangkan rasa pedih di tekak anda dan kaedah ini membantu mengurangkan peradangan lapisan mukus tekak.   Kalau anda memang tidak menyukai air suam, cara mudah menggantikan kepada 1 sudu Listerin.   Mudah kan?   Ada satu perkara yang anda perlu hati-hati,  jangan sesekali anda telan air kumur dan pastikan bekas yang anda gunakan untuk berkumur dibersihkan terlebih dahulu sebelum digunakan untuk mengelakkan sebarang jangkitan kuman. Sekian dahulu untuk kali ini.   Terus membaca blog ini untuk kaedah-kaedah selanjutnya.