Entri : 3
Teks :Rosniwati Jamaludin
Seringkali kita mengalami masalah sakit tekak terutama bila berlaku perubahan cuaca, dari cuaca panas ke sejuk dan begitulah sebaliknya.
Kali ini saya ingin sajikan beberapa kaedah rawatan sakit tekak secara tradisional. Rawatan berkonsepkan berkumur dalam usha merawat masalah sakit tekak. Anda boleh memilih mana-mana kaedah rawatan sesuai dengan keserasian anda. Ikuti tips yang dikongsikan.
Kaedah Pertama : Garam dan air
Hanya menggunakan air suam dan garam Insyallah mampu melegakan sakit tekak. Sangat mudah, diperlukan 1/4 sudu teh garam dan dicampurkan dengan satu cawan air suam. Setelah itu kumur untuk beberapa kali sehingga habis. Mesti menggunakan air suam, jangan sesekali menggunakan air sejuk kerana ia tidak memberi tindak balas yang sempurna untuk tekak anda. Garam yang bersifat alkali mampu meneutralkan asid di tekak anda. Bahkan ia mengurangkan rasa pedih di tekak anda dan kaedah ini membantu mengurangkan peradangan lapisan mukus tekak. Kalau anda memang tidak menyukai air suam, cara mudah menggantikan kepada 1 sudu Listerin. Mudah kan? Ada satu perkara yang anda perlu hati-hati, jangan sesekali anda telan air kumur dan pastikan bekas yang anda gunakan untuk berkumur dibersihkan terlebih dahulu sebelum digunakan untuk mengelakkan sebarang jangkitan kuman. Sekian dahulu untuk kali ini. Terus membaca blog ini untuk kaedah-kaedah selanjutnya.

No comments:
Post a Comment