Entri : 2
Teks : Rosniwati Jamaludin
Assalamualaikum.
Sekarang beredar pelbagai jenis produk-produk kesihatan dan kecantikkan berkonsepkan tradisional mahupun moden. Ada yang berjaya menyembuhkan namun tidak kurang juga menimbulkan pelbagai kesan sampingan yang tidak diingini. Ini akibat dari penggunaan sesuatu unsur yang menjadi racun kepada tubuh. Contoh yang mudah dimana terdapat produk kosmetik yang menggunakan merkuri.
Pernahkah anda mendengar habbatus sauda? Apakah ia dan apa fungsinya? Dan pernahkah anda mencubanya?
Kita bahas satu persatu. Habbatus sauda berasal dari Mediterranean kemudian berkembang ke Afrika Utara, Timur Asia dan Selatan Eropah. Beberapa dekad yang lalu juga turut ditemui di Timur Eopah dan di Utara Amerika.
Ianya digunakan untuk tujuan pengobatan dan juga masakan. Habbatus sauda bersifat sensitif terhadap suhu dan ia banyak di dapat di padang pasir yang beriklim gurun. Tumbuhan ini membiak semakin meluas ke Mediterannian Basin, iaitu di India, Bangladesh, Mesir , Sudan, Turki, Iraq dan Pakistan.
3000 tahun dahulu, ia digunakan untuk rawatan dan meningkatkan kualiti kesihatan tubuh. Pada awalnya ditemukan oleh orang Syria di Mesir dimana pada waktu itu mereka menggelarkan habbatus sauda sebagai 'tin tir' yang diambil secara oral untuk merawat sistem pencernaan. Ia juga digunakan di luar tubuh pada iaitu pada bahagian mata, hidung, mulut dan di kulit akibat dari ruam, gigitan binatang dan luka.
Ketika itu, masayarakat Mesir juga turut menggunakan habbatus sauda pada bahagian kulit untuk menyegarkan kulit. Ianya juga turut diminum untuk membantu sistem penghadaman dan pencernaan. Bahkan mereka juga yakin habbatus sauda sebagai penawar pelbagai penyakit. Raja Mesir dahalu kala juga turut mengamalkan penggunaan habbatus sauda dimana di makam Tutankamun ditemukan botol minyak habbatus sauda. Masyarakat Roman turut menggelarkan habbatus sauda sebagai 'greek coriander'.
Pada awal kurun, seorang dokter greek iaitu Dioscoredes menyatakan habbatus sauda mampu merawat sakit kepala, sakit gigi dan masalah kecaacingan saluran pencernaan.
Seorang dokter Persia yang amat terkenal iaitu Ibnu Sina(di Eropah dikenali dengan gelaran Avicenna) turut menyatakan habbatus sauda sangat bermanfaat untuk kesihatan. Terdapat sebuah buku yang ditulis oleh Ibnu Sina berjudul The Book of Healing dimana dinyatakan bahawa habbatus sauda meningkatkan tenga tubuh, mengatasi masalah keletihan, merawat deman, sakit kepala, sakit gigi,
merawat flu ringan, merawat luka, sebagai anti kulat dan menjadi racun kepada cacing dan parasit.
Ini semakim jelas terbukti dan amat meyakinkan dimana terdapat satu satu hadith iaitu dari Abu Hurairah Radiallahuanhu, berkata Rasulullah Sallallhu Alaihi Wassalam bersabda, "Pada Habbatus sauda ada ubat bagi segala jenis penyakit kecuali 'al-sam', iaitu maut", haditsh Riwayat Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dan Tirmizi.
Testimoni kami sekeluarga:
Di sini ingin saya kongsi pengalaman kami sekeluarga mengamalkannya. Sehingga kini kami menjadikan pengambilan habbatus sauda secara konsisten setiap hari . Bahkan, anak saya yang bongsu yang berumur 2 tahun juga turut mengamalkan. Kami mengamalkan yang berbentuk minyak. Ia agak mudah untuk diminum. Pada ada awalnya anak-anak perlu dipaksa kerana anak-anak tidak selesa dengan rase habbatus sauda yang kurang enak. Namun, alah bisa tegal biasa, lama kelamaan menjadi rutin harian. Saya sendiri mempunyai asthma, penyakit genetik dari ibu saya. Sebelum mengamalkanya saya sering diserang astma bahkan anak-anak saya kerap mengalami exzema. Paling merisaukan kami di mana anak ketiga saya sering keluar masuk ward kerana jangkitan kuman di saluran pernafasan dan masalah astma. Berawal dengan nasihat salah seorang sahabat saya, dia mengesyorkan pengambilan habbatus sauda. Bahkan dia menghadiahkan kami 3 botol habbatus sauda kapsul berisi minyak. Alhamdulillah, dengan izin Allah sepanjang mengandung di usia kehamilan mencecah 7 bulan kini saya tiada sebarang serangan astma. Anak ketiga saya hampir setahun tanpa masalah jangkitan pernafasan. Satu perkembangan yang amat memberangsangkan. Ini sebagai satu ikhtiar dan penyembuhan adalah milik Allah.
Kepada anda di luar sana, saya galakkan untuk mengamalkannya. Ianya sangat membantu meningkatkan sistem imun tubuh. Insyaallah akan datang saya akan update lagi tentang khasiat, manfaat dan cara pengambilan habbatus sauda.
Sumber: https://www.huile-de-nigelle.net/en/history-of-nigella-sativa.html

No comments:
Post a Comment