Monday, 7 September 2015

Pengenalan Diri Penulis

Entri   : 1
Teks    : Rosniwati Jamaludin

Bismillahirrahmanirrahim.  Assalamualaikum.

   Alhamdulillah.  Bersyukur kepada Allah dengan izinNya saya kini diberi kesempatan membina blog berinformasi ini.  Sejujurnya,  saya masih bertatih-tatih dalam dunia blog namun berkat bimbingan dari salah seorang guru Akademi Bekerja Dari Rumah,  iaitu Puan Anys Zakaria atau lebih mesra dengan gelaran Puan Anys atau Cikgu Anys, saya diberi peluang untuk menimba ilmu membina blog bersama beliau  Awalnya, terasa mustahil memandangkan saya ini boleh dikatogerikan buta dalam ilmu IT.  Namun terbukti tiada yang mustahil, selagi kita mahu dan berusaha untuk berjaya.  Bak kata pepatah melayu nak seribu daya,  tak nak seribu dalih.   Terima kasih diucapkan kepada Puan Anys, para guru ABDR dan akan-rakan ABDR.
   Terlebih dahulu, sebaiknya saya selaku empunya 'blogger'memperkenalkan diri dahulu.  Nama saya Rosniwati Jamaludin dan lebih dikenali dengan panggilan Ros.
   Saya dilahirkan di Terengganu dan dibesarkan di Pahang.  Diringkaskan cerita,  mendapat pendidikan sekolah rendah dan menengah di Pahang .  Selanjutnya menyambung pengajian di Indonesia dalam bidang Ijazah Perubatan.   Ini sesuai dengan jiwa saya yang mempunyai minat yang tinggi dalam bidang perubatan.  Alhamdulillah, saya bertemu jodoh waktu kami sama-sama bergelar 'doktor muda', iaitu ketika praktikal di salah sebuah hospital di Indonesia.
   Walaupun saya mempunyai cita-cita  yang tinggi untuk berkhidmat sebagai doktor, tapi sehingga kini saya masih memendam keinginan berkhidmat sebagai doktor.    Selepas tamat pengajian saya mengambil keputusan nekad untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.  Satu keputusan yang amat berat dilakukan.  Persimpangan antara harapan mak,  abah dan adik betadik serta keutamaan terhadap keluarga yg sedang dibina.  Memandangkan ketika itu, kami sudah memiliki cahaya mata yang berusia lapan bulan dan suami saya ketika itu bergelar 'Ho'(housemanship).   Kesibukan suami membuatkan saya memilih agar tidak bekerja kerana prioriti terhadap keluarga paling utama. Antara kehendak dan keperluan,  sudah tentu keperluan menjadi pilihan.
   Alhamdulillah enam tahun saya menjadi surirumah disamping berpeluang menjalankan perniagaan dari rumah. Syukur ke hadrat Allah kami diberi nikmat memiliki keluarga yang cukup bahagia dan dianugerahi 4 org cahaya mata.  Memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dan seorang ibu bukanlah mudah. Namun ia adalah amanah yang perlu  dipikul kerana ia bakal dipertanggungjawabkan kelak.
   Teringat dialog bersama anak sulung saya tahun lepas.  "Umi ni sebenarnya siapa ya? Abi kata Umi ni doktor,  tapi Umi kat rumah je.  Umi masak-masak, kemas rumah,  basuh baju,  buat roti untuk jual, pegi kelas bahasa arab  dan sekarang umi ajar anak-anak pula?   Umi jadi cikgu pula ye? ",wajahnya penuh serius bertanya.   "Ya, Umi boleh jadi macam-macam. Anak-anak Umi sakit,  Umi rawat kat rumah.  Tu bukan dokter ke namanya?  Sekarang Umi jadi cikgu pula sebab nak anak-anak Umi pandai,  tapi mesti lebih pandai dari Umi tau.  Boleh hafal quran dan macam-macam lagi".  Jawabku supaya mereka jelas perananku yang sedang digalas. Harapan saya,  agar pengorbanan ini mendapat sebaik-baik balasan dari Allah.
   Berbalik kembali kisah blog.  Sebenarnya, saya sudah lama berminat melayari ilmu blog.  Bahkan,  saya pernah cuba menghasikan sebuah blog.  Namun,  saya jadi putus asa akibat tiada pengunjung.  Begitulah sekiranya amal tanpa ilmu.   Sehingga saya ambil keputusan untuk berguru.     Akhirnya saya mengambil keputusan untuk berguru.   Nah,  ini hasilnya.   Namun ini masih permulaan. Harapan saya   semoga blog ini menjadi medium perkongsian ilmu terutama bidang perubatan sesuai dengan ilmu saya miliki.   Mungkin,buat masa ini  bukan rezeki saya bekerja dalam bidang perubatan namun hasil dari terbinanya blog ini dapat dijadikan satu medium perkongsian ilmu perubatan yang bermanfaat.  Sekarang saya juga sedang berusaha mempelajari ilmu tradisional terutama ilmu bekam. Ilmu tradisional masih baru bagi saya namun saya amat meminatinya.     Turut dialu-alukan juga anda terus mengunjungi blog saya dimana anda juga berkesempatan untuk memberi ulusan di ruangan komen.   Saya perlukan masukan bermanfaat dari rakan-rakan 'blogger'.  Harap semua dapat memberi sokongan.   Sekian,  salam sayang dan ukhuwah untuk semua.

No comments:

Post a Comment