Showing posts with label Habbatus Sauda. Show all posts
Showing posts with label Habbatus Sauda. Show all posts

Monday, 25 January 2016

Habbatus sauda merawat diabetes

Entri :42
Teks : rosniwati jamaludin

Terdapat beberapa kajian ilmiah tentang kesan habbatus sauda terhadap penyakit diabetes.

 Al-Awadi dan Gumma(Institut Perubatan di Kuwait)
Penggunaan Nigella Sativa dikombinasi  dengan beberapa tumbuhan lain sebagai penawar kemudian diberikan kepada tikus yang mengalami dibetes dapat menurunkan gula darah tikus tersebut.

Zat thymoquinone yang terdapat di dalam habbatus sauda dapat meningkatkan sensitiviti insulin dengan mengaktifkan gen-gen tertentu yang memainkan peranan untuk sintesis lemak dan metabolisma karbohidrat. Zat thymoquinone dapat menurunkan gula darah.

Selain itu,  habbatus sauda juga mengandungi sifat antioksidan. Aktiviti antioksidan dapat mengurangkan kecederaan sel beta pakreas.

Jadi,  kenapa tidak mengamalkan habbatus sauda? Terdapat pelbagai lagi khasiat istimewa yang terkandung di dalamnya.  Ikuti blog saya ini, kelak bakal saya kupaskan lagi khasiat-khasiat lainnya.

Thursday, 24 December 2015

Habbatus Sauda dan Gout

Entri :28
Teks  :Rosniwati Jamaludin
Foto   :Google

     Gout merupakan penyakit arthritis yang menyakitkan akibat dari peningkatan asid urik di dalam darah yang membentuk kristal berkumpul di sekitar sendi.
     Dengan mengamalkan habbatus sauda ia dapat meningkatkan imun sistem tubuh.  Secara tidak langsung ia memudahkan penyingkiran asid urik melaui ginjal.
     Cara pengambilannya anda boleh mencuba dengan menitiskan 5 tetes minyak habbatus sauda kedalam secawan air suam lalu meminumnya. Amalkan sehari dua kali di waktu pagi dan petang setiap hari.

Monday, 23 November 2015

Habbatus Sauda dan Kehamilan

Teks : Rosniwati Jamaludin
Entri : 22
     Adakah wanita hamil boleh mengamalkan habbatus sauda?

     Secara umumnya diketahui habbatus sauda mengandungi pelbagai zat-zat berkhasiat.   Ia mengandungi sumber vitamin A,  B1, B2, C,  asid linolenat,  15 jenis asid amino,  karbohidrat, mineral dan antibiotik dimana ia memenuhi nutrisi untuk wanita hamil dan janin.
    Namun terdapat juga laporan menyatakan bagi sesetengah ibu hamil yang sensetif boleh mangalami kontraksi selepas mengamalkan habbatus sauda. Namun ia jarang berlaku.   Jadi,  kepada ibu hamil yang mengalami masalah kontraksi selepas mengkonsumsi habbatus sauda harus segera berjumpa doktor.


Saturday, 14 November 2015

Haditsh-haditsh Habbatus Sauda

Entri : 20
Teks  : rosniwati jamaludin

1)Dalam haditsh  Ash-Shohihain diriwayatkan haditsh dari Ummu Salamah dari Abu Hurairah Radiallahuanhu, bahawa Rasulullah Sallallahi Alaihi Wasallam bersabda
"Hendaklah kalian mengamalkan Habbatus Sauda', kerana di dalamnya terdapat kesembuhan dari setiap penyakit kecuali saam.   Sedangkan saam artinya kematian."

2)Imam Bukhari meriwayatkan haditsh dari Aisyah Radiallahuanha bahawasanya ia mendengar Nasi Sallahu Alaihi Wassalam  bersabda " Sesungguhnya Habbatus Sauda' ini merupakan ubat bagi setiap penyakit, kecuali saam."  Aku bertnya, "Apakah saam itu? ". Beliau menjawab,  "Kematian. "tu

3)Dalam riwayat Muslim : "Tidak ada suatu penyakit, kecuali penyembuhannya ada di dalam Habbatus Sauda. "

Tuesday, 3 November 2015

DHA dan EPA

Teks : rosniwati jamaludin
   
     Habbatus sauda merupakan tanaman yang mengandungi pelbagai khasiat dalam memelihara kesihatan tubuh.  Ia juga bermanfaat dalam menyembuhkan pelbagai penyakit.
      Sepertimana disebutkan di dalam sebuah hadith,  Imam Al-Bukhari (nombor 5687), "Sesungguhnya, di dalam habbatus mengandungi penawar untuk segala penyakit ,  kecuali maut. "
     Menurut salah seorang pakar perubatan, Dr. Kopok Stanley (USA)  berkata: "Habbatus sauda mempunyai peranan yang sangat penting untuk mencegah penyakit kanser dan ia mampu meningkatkan sistem imun tubuh untuk jangka masa yang panjang. "
     Manakala menurut Dr.  Tajul Aris Yang (Malaysia) berkata kandungan Omega yang terkandung di dalam habbatus sauda mengandungi sepuluh kali ganda manfaat berbanding DHA dan EPA.

Soalan 1.  : Apa itu DHA dan EPA?

Jawapan.  :

DHA  (docosahexaenoicacid) dan EPA ( eikosapentaenoat) merupakan sejenis asam lemak tidak jenuh yang terkandung dalam setiap sel tubuh. DHA dan EPA kedua-duanya juga dikenali dengan omega-3. DHA dan EPA memainkan peranan utama untuk pembentukan otak,  retina mata,  dan sistem saraf pusat.   DHA da EPA sangat penting dan ia diperlukan untuk saat perkembangan otak selama hamil sehingga 18 bulan setelah kelahiran.

Tuesday, 29 September 2015

Pelbagai Guna Habbatus Sauda

Teks : rosniwati jamaludin
     Dari Abu Hurairah radiallahu anhu,  mandengar Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda,  "Habbatus sauda penawar segala penyakit kecuali as-Saam".  Bertanya Aisyah, "Apakah as-Saam? ". Jawab baginda, "Maut".
     Habbatus sauda atau nama lainnya "Black Cumin Seed", "Fennel Flower", "Nigella sativa", "Ranunculaceae(Buttercup Family) " berasal dari Mediterranean, membiak ke Negara-negara Timur Tengah dan sebahagian Asia.
     Salah seorang tokoh perubatan iaitu Ibnu Sina habbatus sauda dapat bekerja untuk mengeluarkan dahak(ekspektoran), meningkatkan stamina serta tenaga tubuh dan menghilangkan kepenatan.
     Terdapat beberapa cara juga untuk pengambilan habbatus sauda selain dari yang saya jelaskan sebelum ini.  Antaranya:

  1. Habbatus sauda dimakan bersama madu
  2. Didihkan dengan air dan diminum
  3. Panaskan dengan susu hangat, apabila mula mendidih, sejukkan
  4. Habbatus sauda yang bersifat bijian boleh dikisar dan direndan di dalam air,  setelah ditapis boleh diminum
  5. Tabur pada roti dan aneka pastri
  6. Dibakar bersama kayu gaharu untuk mendapatkan aroma menyenagkan

Monday, 28 September 2015

Cara Pengambilan Habbatus Sauda


Teks : rosniwati  jamaludin

    Bismillahirrahmanirrahim.  Assalamualaykum warahmatullahi wabarakatuh.  Taqabballah hu minna wa min kum.  Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kita sebagai umat Islam telah diberi kenikmatan bersama-sama meraikan hari Eidul Adha.  Setelah beberapa hari berlalu , kesibukan demi kesibukan yang dilalui, hari ini baru saya berkesempatan untuk memasukkan entri di laman sesawang yang kian hari semakin bersawang. 

     Saya gemar mengikuti perkembangan ilmu perubatan modern mahupun tradisional kerana ia berkait rapat dengan kehidupan seharian kita.  Baru tadi saya terbaca hasil penulisan seorang pakar sakit puan tentang bagaimana pengambilan habbatus sauda , atau dengan kata lain cara pengambilan seharian habbtus sauda.  Beliau juga mendapat masukan dari salah satu makalah penyelidikan dimana di makalah tersebut ada disebutkan bahawa habbatus sauda  mampu merawat kanser khususnya kanser usus, payudara dan pankreas.  Malah ia lebih berkesan dari rawatan kemoterapi.  Seperti yang kita maklum,  rawatan kemoterapi terlalu banyak kesan sampingan yang tidak diingini.

    Mari kita amalkan seperti cara di bawah:
1)Satu sudu teh minyak habbatus sauda, satu sudu teh madu lebah dan satu gelas jus buah-buahan segar.  Minum setengah jam sebelum sarapan.
2)Ulangi seperti di atas sekitar jam 2 hingga 3 petang.
3)Ulangi lagi sebelum tidur.

    Semoga dengan izin Allah dapat membantu meningkatkan sistem pertahanan tubuh kita dan merawat pelbagai penyakit.  

Thursday, 17 September 2015

Zat Ajaib Habbatus Sauda

Entri : 4
Teks  : Rosniwati Jamaludin


Assalamualaikum.
     Posting kali ini saya ingin kongsikan tentang zat-zat ajaib yang terkandung dalam Habbatus Sauda/Nigella sativa/ 'Black Seed'.   Seperti yang  kita sedia maklum Habbatus Sauda mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan tubuh. Jadi,  perlu kita ketahui juga serba sedikit bahan atau zat-zat yang terkandung dalam habbatus sauda.
   Antara zat utama yang terkandung dalam habbatus sauda ialah 'thymoquinon'(tq).  Thymoquinon mempunyai pengaruh yang besar terhadap penyakit peradangan seperti kanser hati,  kanser kulit,  kanser payudara,  kanser tulang dan pelbagai jenis kanser lainnya dimana akan membantu menghalang pembiakan sel-sel kanser dan ia mampu mematikan sel-sel kanser.   Sehingga ia juga dikenali sebagai agent antikanser yang bersifat natural. Selain anti-kanser ia juga dikenal dengan anti-oksidan.  Ia berkait rapat dengan dengan rawatan kanser dimana terdapat kajian membuktikan penggunaan habbatus sauda dapat mengurangi toxic yang terdapat dalam rawata kanser.  Ini serba sedikit secara ringkas tentang zat ajaib yang terkandung dalam habbatus sauda.
   Jadi,  kenapa kita tidak mahu mengamalkannya?  Sesungguhnya kesihatan tubuh yang baik adalah antara nikmat terbesar yang Allah kurniakan. Sebagai hamba Allah, kita patut mensyukuri dengan memelihara sebaik mungkin kesihatan tubuh kita.   Ayuh,  tunggu apa lagi?   Mari kita sama-sama amalkan penggunaan habbatus sauda. 

Tuesday, 8 September 2015

Pengenalan Habbatus Sauda

Entri : 2
Teks  : Rosniwati Jamaludin

Assalamualaikum.
     Sekarang beredar pelbagai jenis produk-produk kesihatan dan kecantikkan berkonsepkan tradisional mahupun moden.  Ada yang berjaya menyembuhkan  namun tidak kurang juga menimbulkan pelbagai kesan sampingan yang tidak diingini. Ini akibat dari penggunaan sesuatu unsur yang menjadi racun kepada tubuh.  Contoh yang mudah dimana terdapat produk kosmetik yang menggunakan merkuri.
     Pernahkah anda mendengar habbatus sauda?  Apakah ia dan apa fungsinya?  Dan pernahkah anda mencubanya?
     Kita bahas satu persatu.  Habbatus sauda berasal dari Mediterranean kemudian berkembang ke Afrika Utara,  Timur Asia dan Selatan Eropah. Beberapa dekad yang lalu juga turut ditemui di Timur Eopah dan di Utara Amerika.
     Ianya digunakan untuk tujuan pengobatan dan juga masakan. Habbatus sauda bersifat sensitif terhadap suhu dan ia banyak di dapat di padang pasir yang beriklim gurun.  Tumbuhan ini membiak semakin meluas  ke Mediterannian Basin, iaitu di India,  Bangladesh, Mesir ,  Sudan,  Turki,  Iraq dan Pakistan.
     3000 tahun dahulu, ia digunakan untuk rawatan dan meningkatkan kualiti kesihatan tubuh.  Pada awalnya ditemukan oleh orang Syria di Mesir  dimana pada waktu itu mereka menggelarkan habbatus sauda sebagai 'tin tir' yang diambil secara oral untuk merawat sistem pencernaan.   Ia juga digunakan di luar tubuh pada iaitu pada bahagian mata,  hidung,  mulut dan di kulit akibat dari ruam,  gigitan  binatang dan luka.
     Ketika itu,  masayarakat Mesir juga turut menggunakan habbatus sauda pada bahagian kulit untuk menyegarkan kulit. Ianya juga turut diminum untuk membantu sistem penghadaman dan pencernaan.  Bahkan mereka juga yakin habbatus sauda sebagai penawar pelbagai penyakit.  Raja Mesir dahalu kala juga turut mengamalkan penggunaan habbatus sauda dimana di makam Tutankamun ditemukan botol minyak habbatus sauda.  Masyarakat Roman turut  menggelarkan habbatus sauda sebagai 'greek coriander'.
     Pada awal kurun, seorang dokter greek iaitu Dioscoredes menyatakan habbatus sauda mampu merawat sakit kepala,  sakit gigi dan masalah kecaacingan saluran pencernaan.
     Seorang dokter Persia yang amat terkenal iaitu Ibnu Sina(di Eropah dikenali dengan gelaran Avicenna)   turut menyatakan habbatus sauda sangat bermanfaat untuk kesihatan. Terdapat sebuah buku yang ditulis oleh Ibnu Sina berjudul The Book of Healing dimana dinyatakan bahawa habbatus sauda meningkatkan tenga tubuh, mengatasi masalah keletihan, merawat deman,  sakit kepala,  sakit gigi,
merawat flu ringan, merawat luka, sebagai anti kulat dan menjadi racun kepada cacing dan parasit.
     Ini semakim jelas terbukti dan amat meyakinkan dimana terdapat  satu satu hadith iaitu dari Abu Hurairah Radiallahuanhu, berkata Rasulullah Sallallhu Alaihi Wassalam bersabda, "Pada Habbatus sauda ada ubat bagi segala jenis penyakit kecuali 'al-sam', iaitu maut", haditsh Riwayat Bukhari,  Muslim, Ibnu Majah dan Tirmizi.

 
Testimoni kami sekeluarga:


     Di sini ingin saya kongsi pengalaman kami sekeluarga mengamalkannya.  Sehingga kini kami  menjadikan pengambilan habbatus sauda secara konsisten setiap hari . Bahkan,   anak saya yang bongsu yang berumur 2 tahun juga turut mengamalkan.  Kami mengamalkan yang berbentuk minyak.   Ia agak mudah untuk diminum.  Pada ada awalnya anak-anak perlu dipaksa kerana anak-anak tidak selesa dengan rase habbatus sauda yang kurang enak.  Namun,  alah bisa tegal biasa,  lama kelamaan menjadi rutin harian.   Saya sendiri mempunyai asthma,  penyakit genetik dari ibu saya.   Sebelum mengamalkanya saya sering diserang astma bahkan anak-anak saya kerap mengalami exzema.  Paling merisaukan kami di mana  anak ketiga saya sering keluar masuk ward kerana jangkitan kuman di saluran pernafasan dan masalah astma.  Berawal dengan nasihat salah seorang sahabat saya, dia mengesyorkan pengambilan habbatus sauda.    Bahkan dia menghadiahkan kami 3 botol habbatus sauda kapsul berisi minyak. Alhamdulillah,  dengan izin Allah sepanjang mengandung di usia kehamilan mencecah 7 bulan kini saya tiada sebarang  serangan astma.  Anak ketiga saya hampir setahun tanpa masalah jangkitan pernafasan.   Satu perkembangan yang amat memberangsangkan. Ini sebagai satu ikhtiar dan penyembuhan adalah milik Allah.
   Kepada anda di luar sana,  saya galakkan untuk mengamalkannya.  Ianya sangat membantu meningkatkan sistem imun tubuh.  Insyaallah akan datang saya akan update lagi tentang khasiat, manfaat dan cara pengambilan habbatus sauda.
 


Sumber: https://www.huile-de-nigelle.net/en/history-of-nigella-sativa.html