Monday 25 January 2016

Habbatus sauda merawat diabetes

Entri :42
Teks : rosniwati jamaludin

Terdapat beberapa kajian ilmiah tentang kesan habbatus sauda terhadap penyakit diabetes.

 Al-Awadi dan Gumma(Institut Perubatan di Kuwait)
Penggunaan Nigella Sativa dikombinasi  dengan beberapa tumbuhan lain sebagai penawar kemudian diberikan kepada tikus yang mengalami dibetes dapat menurunkan gula darah tikus tersebut.

Zat thymoquinone yang terdapat di dalam habbatus sauda dapat meningkatkan sensitiviti insulin dengan mengaktifkan gen-gen tertentu yang memainkan peranan untuk sintesis lemak dan metabolisma karbohidrat. Zat thymoquinone dapat menurunkan gula darah.

Selain itu,  habbatus sauda juga mengandungi sifat antioksidan. Aktiviti antioksidan dapat mengurangkan kecederaan sel beta pakreas.

Jadi,  kenapa tidak mengamalkan habbatus sauda? Terdapat pelbagai lagi khasiat istimewa yang terkandung di dalamnya.  Ikuti blog saya ini, kelak bakal saya kupaskan lagi khasiat-khasiat lainnya.

No comments:

Post a Comment