Showing posts with label CatatanPengalaman. Show all posts
Showing posts with label CatatanPengalaman. Show all posts

Friday, 8 January 2016

Habbatus sauda dan resdung

Entri:33
Teks : rosniwati jamaludin 


     Adik ipar saya dari sekolah rendah mengalami masalah resdung/sinusitis. Pelbagai usaha sudah dilakukan baik rawatan moden atau traditional, namun hasil tetap sama.  Hanya menunjukkan pengurangan pada awal rawatan dan setelah berhenti rawatan penyakit resdung berulang kembali.   Amat tidak menyenangkan apabila pagi hari dimulai dengan bersin-bersin dan flu. Namun Alhamdulillah setelah cuba amalkan habbatus sauda secara konsisten masalah resdung amat berkurang.  Tiada lagi masalah bersin-bersin dan flu pagi-pagi hari.  Mungkin ada yang mempunyai masalah yang sama boleh cuba mengamalkan habbatus sauda. Usha, doa dan tawakkal. 
      Mungkin ada yang berminat boleh hubungi saya.   Kami sekeluarga juga turut mengamalkannya juga. Saya tidak menjanjikan penyembuhan kerana penyembuhan milik Allah.  Namun ada hadith menyatakan habbatus sauda menyembuhkan segala penyakit kecuali maut. Kita hanya berusaha.  Ubat juga bergantung kepada keserasian tubuh kita dan keyakinan kita. 
    

Monday, 23 November 2015

Keringatmu Abah

Entri : 23
Teks  : Rosniwati Jamaludin
    Sedang menghirup secangkir nescafe,  otak ligat berfikir apa masukan entri yang bakal saya muatkan di laman blog? Ketika ini hati tiba-tiba menggamit kerinduan pada mak dan abah dikampung.
     Masih segar dalam ingatan bila saya dan suami bersemuka dengan abah menjelaskan bahawa suami bakal 'resign'.   Hati saya tidak keruan.   Paling dibimbangkan abah memberi tanggapan negatif.   Dalam keadaan saya sendiri yang sudah sedia maklum tidak bekerja dan hanya menjalankan perniagaan kecil-kecilan berasaskan 'homemade'.   Namun suami gagahi juga berterus terang.  "Takpe,  apa perancangan seterusnya?" itulah jawapan setelah kami huraikan satu persatu situasi dan keadaan kami.   Saya bersyukur abah sangat tenang.   Ketika itu saya agak hairan,  abah terlalu tenang bahkan dia memberi kata-kata perangsang untuk kami memulakan perniagaan.
     Kini baru faham,  setelah abah menceritakan kisahnya waktu kecil.   Sehingga bagaimana dia boleh berhijrah mencari nafkah di Cameron Highlands.   Abah berasal dari Kampung Sungai Durian,  Perak.   Dahulu,  perkampungan tersebut sangat terpencil.   Abah terdiri dari keluarga yang agak susah. Abah terdiri dari 8 orang adik-beradik dan abah anak ke 6.  Akibat kesempitan hidup,  abah sudah belajar menjaja kuih -muih buatan arwah opah dari rumah ke rumah.   Waktu itu abah usia 4 tahun, itulah titik permulaan abah berkecimpung di dunia perniagaan.   Bahkan,  abah sering mengikut arwah opah ke pasar menjual tikar mengkuang hasil kreativiti arwah opah.  Paling menyedihkan tikar mengkuang tersebut gagal dijual setelah opah bergadang semalaman menyiapkan.  Untuk ke pasar juga satu perjuangan harus menaiki sampan untuk menyeberang ke pasar.   Pernah juga opah menggadai kain songket kesayangan opah demi sesuap nasi demi anak-anak.  Inilah pengorbanan ibu.
     Saya pahatkan di dalam hati nasihat abah.   Jangan pernah putus asa untuk berusha mencari rezki.   Dalam berbisnes mesti  berani dan jangan ambil jalan pintas untuk berjaya.   Sangat tidak logik kalau orang terlalu mudah memberikan keuntungan yang besar sedangkan kita melabur dalam nilai kecil! Untuk berjaya rahsia perlu rajin. Satu lagi,  nak jadi usahawan berjaya kene jadi muka tembok.   Kalau malu memang tak ke mana.
     Abah bersikap tenang kerana abah dah melalui kesempitan hidup.   Abah yakin rezki Allah sentiasa ada selagi kita mahu berusaha.   Abah,  mungkin Ros bukan ditakdirkan menjadi seorang dokter seperti yang abah impikan.   Namun percayalah,  dalam usha menjaga agama Allah pasti Allah gantikan sesuatu yang lebih baik.   Ros mula meminati dunia bisnes.   Dan abah idola Ros.
     Untuk makluman abah pernah menyandang gelaran Usahawan Berjaya pada hari Peladang,  Penternak dan Nelayan peringkat kebangsaaan.   Waktu itu saya masih sekolah rendah lagi.  Insyaallah akan datang saya coretkan lagi tentang abah. 

Friday, 6 November 2015

Bersalin 'overdue'(1)

   
Teks :rosniwati jamaludin
Entri : 18
     Bila ditanya tentang pengalaman 'overdue' melahirkan,   ia menggamit kisah 2 tahun yang lepas.   Satu pengalaman yang berawal dengan detik kecemasan,  kebimbangan namun Alhamdulillah berakhir dengan kesyukuran.
     Ketika itu saya hamil anak keempat.   Kehamilan sebelumnya saya selamat melahirkan sebelum 'due date' yang diperkirakan.   Tetapi untuk kehamilan keempat,  satu kelahiran yang ditunggu-tunggu dimana tiba tarikh untuk melahirkan,  saya masih tiada sebarang tanda melahirkan.   Setibanya tarikh tersebut saya terus ke Klinik Kesihatan Sungai Mati.   Berawal dengan pemeriksaan kehamilan oleh jururawat dan dilanjutkan dengan pemeriksaan dokter.   Ketika itu dokter yang bertugas  ialah seorang dokter berbangsa cina perempuan,  melihat raut wajah saya perkirakan beliau berusia sekitar 25-27an . Beliau melakukan pemeriksaan USG.   "Awak pernah scan sebelum ini?
Dokter sebelum ini tidak memberitahu apa-apa ke keadaan kandungan awak?  Dari scan saya lihat baby awak perkembangan terencat. Lihat,  panjang tulang kaki anak awak tidak sesuai umurnya." Waktu itu hanya Allah yang tahu betapa terperanjat dan bimbangnya saya.   Rase ingin menagis ketika itu. Jantung berdegup kencang namun saya cuba bertenang agar saya mampu berfikir rasional.  Seingat saya scan sebelum ni tiada sebarang masalah.  Semua normal. Saya lihat jari-jemari beliau pantas menulis catatan di buku merah.   "Dokter,  berapa berat anak saya? ", soal saya dengan nada kebimbangan.  "3 kilogram.   Awak dah kemas pakaian awak?   Awak mesti pergi hospital sekarang.  Ambulans akan hantar awak.  Awak boleh panggil suami awak sekarang," tegas dokter tersebut.   Sesampainya suami ke bilik pemeriksaan,  dokter mengarahkan untuk suami menandatangani surat untuk dihantar dengan ambulans ke hospital.   Suami saya enggan menandatangai sebaliknya dia berkata dia sendiri yang akan hantar saya ke hospital.  Saya hanya bersetuju dengan keputusan suami walaupun dokter bertegas untuk saya menaiki ambulans.
     "Kenapa dokter diagnosa IUGR? Kandungan janin 3 kilogram kan? IUGR kurang dari 2.5 kilogram, Aisyah dah lupa ke apa kita belajar dulu? " soal suamiku.  Ketika itu saya tersentap.   "Yelah,  IUGR bawah 2.5 kilogram", saya membalas.   Mungkin kerana terlalu cemas otak saya tidak mampu merangsang memori dengan baik.  Baru saya faham kenapa suami agak tenang, dan kenapa dia menolak untuk dihantar dengan ambulans.   Kerana ia bukan kecemasan.   Cuma saya pelik kenapa suami tidak membantah diagnosa dokter tersebut.   Bila ditanya dia hanya berkata,  dia terlalu penat dan lapar,  mahu pulang ke rumah segera.
     Selepas selesai solat zuhur dan makan tengah hari kami terus ke hospital.   Sesampai di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, kami terus ke klinik kandungan.  Urusan menjadi cepat kerana ketika itu kebetulan kami bertemu dengan dokter pakar puan yang merupakan boss suami saya sewaktu bertugas di HPSF  dan jururawat yang masih mengenali suamiku.  Seorang dokter perempuan,  Medical Officer melakukan usg.   Alhamdulillah semua normal. Sesuai kehamilan.   Saya diminta untuk menandatangani surat sekiranya seminggu lagi masih tidak melahirkan saya akan di 'induce, '.  Ternyata,   saya masih belum berada di zon selesa.   Jantung kembali berdebar.   Kepala ligat berfikir kemungkinan yang bakal berlaku. Apakah yang berlaku seterusnya sekiranya saya masih belum bersalin pada tarikh ditetapkan?

Wednesday, 4 November 2015

Anak Anugerah Allah

Teks : rosniwati jamaludin

     Semalam adik saya Ehsan datang ke Muar menziarahi kami sekeluarga.  Ehsan dalam perjalanan dari Batu Pahat ke  kampung tercinta, Cameron Highlands.  Datang dengan dua niat tersurat dan tersirat.   Sambil berziarah sambil melancarkan satu misi memujuk saya dan suami agar memberi keizinan anak sulung kami  Najm ikut pulang ke kampung.   Misi ni awal-awal dah dirancang oleh bos besar iaitu abah akibat terlalu rindukan cucunya. Memikirkan abah yang dah berusia dan anak sulung saya cucu kesayangan atoknya, dengan berat hati saya relakan jua.   Hanya doa kepada Allah menguatkan hati.
     Mungkin ibu bapa di luar sana pernah mengalami situasi seperti ini.  Sebagai ibu bukan mudah untuk melepaskannya walaupun dia bersama orang yang terpercaya.   Tambahan pula Najm saya sudah tetapkan jadual homeschooling di rumah.   Berbagai-bagai perkara menerjah di fikiran kita sebagai ibu bapa.   Faktor keselamatan,  disiplin masa, jadual makan minum,  dan juga aktiviti di kampung perlu diambil kira.   Saya siapkan satu surat buat mak dan abah dikampung beberapa perkara yang Najm perlu diperhatikan.   Waktu solat perlu dia diajak solat bersama-sama.   Mengaji perlu diteruskan dengan pengawasan opahnya.   Makanan saya tekankan tiada sebarang makanan ringan.  Impian saya dan saya pasti menjadi impian sebahagian ibu bapa di luar sana iniginkan anak menjadi insan terbaik.   Sempurna akhlak dan akidahnya.   Baik dalam hafalannya.   Kerana anak amanah dan juga aset yang tidak ternilai harganya.   Mengingatkan saya kepada satu Hadeeth Rasulullah dimana apabila kita meninggal dunia,  hanya ilmu bermanfaat,  doa anak yang soleh dan sedekah dapat membantu kita di sana.  Saya tiada harta yang banyak. Ilmu tidak sedalam mana tapi saya terus belajar dan belajar.  Walaubagaimanapun,  Alhamdulillah dikurniakan anak-anak.   Semoga kita sebagai ibu bapa mampu mendidik anak mengenal Islam yang murni.
      Kita bersyukur,  dengan bergelar suri rumah,  kita masih memiliki masa yang berharga bersama keluarga.   Siapa yang kita boleh harapkan untuk mendidik anak kita?   Saya teringat lima tahun lepas dimana awal-awal saya ambil keputusan tidak bekerja.   Berbagai komentar yang saya dapat.   Ada yang bersifat positif bahkan ada yang negatif.   "Ruginya tak kerja,  rugi ilmu tidak dipraktikkan,  rugi masa belajar lama akhirnya tak kerja."komen sebegini pasti ada yang pernah alami.   Tapi alhamdulillah setelah bertahun berlalu kini ada yang memberi komen,  "Bestla duduk rumah,  ada masa dengan anak-anak. "
Jadi,  di manakah nilai untung dan rugi?  Sudah tentu saya tidak memilih untuk rugi bahkan saya memilih untung yang berganda-ganda.
     Sesungguhnya, jalur hidup kita tidak semua sama.  Tapi kita perlu ingat dan perlu tanyakan kepada diri kita selalu kenapa kita diciptakan Allah? Jawapannya hanya satu,  Allah ciptakan jin dan manusia untuk beribadah kepadaNya.  Semoga apa yang kita kerjakan sebagai surirumah menjadi ladang amal buat kita.   Insyaallah hasilnya di sana kelak.