Friday, 6 November 2015

Bersalin 'overdue'(1)

   
Teks :rosniwati jamaludin
Entri : 18
     Bila ditanya tentang pengalaman 'overdue' melahirkan,   ia menggamit kisah 2 tahun yang lepas.   Satu pengalaman yang berawal dengan detik kecemasan,  kebimbangan namun Alhamdulillah berakhir dengan kesyukuran.
     Ketika itu saya hamil anak keempat.   Kehamilan sebelumnya saya selamat melahirkan sebelum 'due date' yang diperkirakan.   Tetapi untuk kehamilan keempat,  satu kelahiran yang ditunggu-tunggu dimana tiba tarikh untuk melahirkan,  saya masih tiada sebarang tanda melahirkan.   Setibanya tarikh tersebut saya terus ke Klinik Kesihatan Sungai Mati.   Berawal dengan pemeriksaan kehamilan oleh jururawat dan dilanjutkan dengan pemeriksaan dokter.   Ketika itu dokter yang bertugas  ialah seorang dokter berbangsa cina perempuan,  melihat raut wajah saya perkirakan beliau berusia sekitar 25-27an . Beliau melakukan pemeriksaan USG.   "Awak pernah scan sebelum ini?
Dokter sebelum ini tidak memberitahu apa-apa ke keadaan kandungan awak?  Dari scan saya lihat baby awak perkembangan terencat. Lihat,  panjang tulang kaki anak awak tidak sesuai umurnya." Waktu itu hanya Allah yang tahu betapa terperanjat dan bimbangnya saya.   Rase ingin menagis ketika itu. Jantung berdegup kencang namun saya cuba bertenang agar saya mampu berfikir rasional.  Seingat saya scan sebelum ni tiada sebarang masalah.  Semua normal. Saya lihat jari-jemari beliau pantas menulis catatan di buku merah.   "Dokter,  berapa berat anak saya? ", soal saya dengan nada kebimbangan.  "3 kilogram.   Awak dah kemas pakaian awak?   Awak mesti pergi hospital sekarang.  Ambulans akan hantar awak.  Awak boleh panggil suami awak sekarang," tegas dokter tersebut.   Sesampainya suami ke bilik pemeriksaan,  dokter mengarahkan untuk suami menandatangani surat untuk dihantar dengan ambulans ke hospital.   Suami saya enggan menandatangai sebaliknya dia berkata dia sendiri yang akan hantar saya ke hospital.  Saya hanya bersetuju dengan keputusan suami walaupun dokter bertegas untuk saya menaiki ambulans.
     "Kenapa dokter diagnosa IUGR? Kandungan janin 3 kilogram kan? IUGR kurang dari 2.5 kilogram, Aisyah dah lupa ke apa kita belajar dulu? " soal suamiku.  Ketika itu saya tersentap.   "Yelah,  IUGR bawah 2.5 kilogram", saya membalas.   Mungkin kerana terlalu cemas otak saya tidak mampu merangsang memori dengan baik.  Baru saya faham kenapa suami agak tenang, dan kenapa dia menolak untuk dihantar dengan ambulans.   Kerana ia bukan kecemasan.   Cuma saya pelik kenapa suami tidak membantah diagnosa dokter tersebut.   Bila ditanya dia hanya berkata,  dia terlalu penat dan lapar,  mahu pulang ke rumah segera.
     Selepas selesai solat zuhur dan makan tengah hari kami terus ke hospital.   Sesampai di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, kami terus ke klinik kandungan.  Urusan menjadi cepat kerana ketika itu kebetulan kami bertemu dengan dokter pakar puan yang merupakan boss suami saya sewaktu bertugas di HPSF  dan jururawat yang masih mengenali suamiku.  Seorang dokter perempuan,  Medical Officer melakukan usg.   Alhamdulillah semua normal. Sesuai kehamilan.   Saya diminta untuk menandatangani surat sekiranya seminggu lagi masih tidak melahirkan saya akan di 'induce, '.  Ternyata,   saya masih belum berada di zon selesa.   Jantung kembali berdebar.   Kepala ligat berfikir kemungkinan yang bakal berlaku. Apakah yang berlaku seterusnya sekiranya saya masih belum bersalin pada tarikh ditetapkan?

No comments:

Post a Comment