Teks : rosniwati jamaludin
Entri : 19
Alhamdulillah, minggu ini kami sekeluarga selamat sampai di kampung halamanku. Terubat rindu bertemu emak, abah dan adik-adik tercinta.
Kali ini, kami mengambil peluang berniaga di Agrohiglands Chalet dan Apatment. Kami menyediakan meja kecil untuk meletak produk kami. Teh beraneka rasa. Ada perisa strawberri, 'blackcurrent' , 'earl gray'dan 'serai'. Teh tersebut merupakan produk Cameron Valley. Kami juga turut menjual produk kesihatan iaitu habbatus sauda, minyak zaitun dan krem bioliz. Sempat juga kami diberi peluang oleh orang tua saya menjual strawberi segar.
Alhamdulillah. Buah strawberry mendapat sambutan memberangsangkan. Menurut Baya, salah seorang pekerja Bangladesh abah, hari Sabtu jualan tak seberapa. Tapi Ahad boleh terjual 30 kotak strawberi. Namun, hari ini kami menjual 34 kotak strawberi.
Sedikit tips ingin saya kongsi tentang teh di Cameron Highlands. Produk yang banyak beredar di pasaran jika dilihat teh jenama Boh. Memang tidak ditemukan jenama Cameron Valley di luar Cameron Highlands. Kalau anda ke pasar malam Brinchang, memang ditemukan pelbagai jenis teh dengan harga tersangat murah. Para penjual pasti menyatakan ia teh dari Cameron Highlands. Itu adalah satu penipuan, dimana teh tersebut mereka dapatkan dari negara Cina dengan harga yang rendah. Jadi mereka mampu menjual dengan harga lebih rendah berbanding teh Cameron Highlands. Jadi, jangan tertipu dengan peniaga sebegini. Maklumat ini kami dapatkan dari salah seorang pekerja Cameron Valley. Harap infomasi ini bermanfaat untuk semua.

No comments:
Post a Comment