Monday, 28 September 2015

Cara Pengambilan Habbatus Sauda


Teks : rosniwati  jamaludin

    Bismillahirrahmanirrahim.  Assalamualaykum warahmatullahi wabarakatuh.  Taqabballah hu minna wa min kum.  Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kita sebagai umat Islam telah diberi kenikmatan bersama-sama meraikan hari Eidul Adha.  Setelah beberapa hari berlalu , kesibukan demi kesibukan yang dilalui, hari ini baru saya berkesempatan untuk memasukkan entri di laman sesawang yang kian hari semakin bersawang. 

     Saya gemar mengikuti perkembangan ilmu perubatan modern mahupun tradisional kerana ia berkait rapat dengan kehidupan seharian kita.  Baru tadi saya terbaca hasil penulisan seorang pakar sakit puan tentang bagaimana pengambilan habbatus sauda , atau dengan kata lain cara pengambilan seharian habbtus sauda.  Beliau juga mendapat masukan dari salah satu makalah penyelidikan dimana di makalah tersebut ada disebutkan bahawa habbatus sauda  mampu merawat kanser khususnya kanser usus, payudara dan pankreas.  Malah ia lebih berkesan dari rawatan kemoterapi.  Seperti yang kita maklum,  rawatan kemoterapi terlalu banyak kesan sampingan yang tidak diingini.

    Mari kita amalkan seperti cara di bawah:
1)Satu sudu teh minyak habbatus sauda, satu sudu teh madu lebah dan satu gelas jus buah-buahan segar.  Minum setengah jam sebelum sarapan.
2)Ulangi seperti di atas sekitar jam 2 hingga 3 petang.
3)Ulangi lagi sebelum tidur.

    Semoga dengan izin Allah dapat membantu meningkatkan sistem pertahanan tubuh kita dan merawat pelbagai penyakit.  

No comments:

Post a Comment