Teks : rosniwati jamaludin
Sudah menjadi rutin harian kami sekeluarga sebelum sarapan pagi kami akan mengamalkan meminum sesudu teh habbatus sauda, sesudu teh minyak zaitun dan sesudu teh madu.
Pada hari ini kami mencuba meminum madu tualang. Kebetualan baru-baru ini kami pulang ke kampung, adik saya Iji hadiahkan madu tualang pemberian salah seorang rakan usahawannya yang mengusahakan bisnes madu tualang. Ternyata, madu tualang agak berbeza dari madu biasa yang pernah kami cuba sebelum ini. Warnanya lebih pekat dan ia lebih likat. Mempunyai rasa yang tidak terlalu manis tapi sedikit menyegat apabila kita meminumnya.
Dari sumber yang saya dapatkan ia berasal dari lebah liar yang didapati dari Pokok Tualang, Hutan Smpan Khatulistiwa. Ia mempunyai pelbagai khasiat dan kaya dengan sumber mineral, enzim semulajadi dan kaya dengan pelbagai vitamin. Ia juga tidak diproses, hanya ditapis dimana dari sarang terus dimasukkan ke dalam botol.
Antara khasiat lainnya ia dapat membantu merawat batuk kronik, astma, rasa loya wanita mengandung, meningkatkan tenaga batin, membantu memulihkan kepenatan, resdung, selesema, awet muda, mual-mual dan muntah-muntah, rabun mata, ulser dan sukar tidur.
Saya teringat sewaktu kami dalam perjalanan pulang ke kampung halaman saya, Cameron Highlands. Sudah menjadi kebiasaan di tepi-tepi jalan dari Tapah ke Cameron Highlands pasti ada peniaga yang terdiri dari orang asli dimana mereka menjual hasil-hasil hutan. Sering kami lihat mereka menjual madu, petai, rebung dan hasil-hasil kraftangan. Pernah juga suami saya menemubual peniaga berkenanaan tentang madu tualang yang berwarna putih. Maklumlah sering kami jumpa madu berwarna gelap. Menurut peniaga berkenaan madu putih sesuai utk penyakit asthma.
Semoga sedikit info tentang madu tualang dapat memberi manfaat kepada semua.

No comments:
Post a Comment