Tuesday, 29 September 2015

Pelbagai Guna Habbatus Sauda

Teks : rosniwati jamaludin
     Dari Abu Hurairah radiallahu anhu,  mandengar Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda,  "Habbatus sauda penawar segala penyakit kecuali as-Saam".  Bertanya Aisyah, "Apakah as-Saam? ". Jawab baginda, "Maut".
     Habbatus sauda atau nama lainnya "Black Cumin Seed", "Fennel Flower", "Nigella sativa", "Ranunculaceae(Buttercup Family) " berasal dari Mediterranean, membiak ke Negara-negara Timur Tengah dan sebahagian Asia.
     Salah seorang tokoh perubatan iaitu Ibnu Sina habbatus sauda dapat bekerja untuk mengeluarkan dahak(ekspektoran), meningkatkan stamina serta tenaga tubuh dan menghilangkan kepenatan.
     Terdapat beberapa cara juga untuk pengambilan habbatus sauda selain dari yang saya jelaskan sebelum ini.  Antaranya:

  1. Habbatus sauda dimakan bersama madu
  2. Didihkan dengan air dan diminum
  3. Panaskan dengan susu hangat, apabila mula mendidih, sejukkan
  4. Habbatus sauda yang bersifat bijian boleh dikisar dan direndan di dalam air,  setelah ditapis boleh diminum
  5. Tabur pada roti dan aneka pastri
  6. Dibakar bersama kayu gaharu untuk mendapatkan aroma menyenagkan

No comments:

Post a Comment