Saturday, 19 September 2015

Pemeriksaan Kesihatan

Teks : rosniwati jamaludin
      Saya bergegas turun ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi.   Ternyata mak mertua dah siap menggoreng mi goreng.  Awal mak goreng dari hari biasa.  Saya tak sempat menolong.   Bagi saya ni menu istemewa sebab mi goreng mak adalah mi goreng paling sedap yang pernah dinikmati.   Pergi makan kat kedai mana sekalipun,   tetap tekak terasa mi goreng mak tak setanding dari yang lainnya. Inilah kelebihan ibu mertuaku.   Walaupun dah beberapa kali guna resepi mak,  namun tetap tak sama. Pernah saya mengomel,  "Ros masak resepi sama,  tapi mak masak lagi sedap. Kenapa ye? ".  Tapi seperti biasa mak akan kata,  "Alah Ros,  sama je la. "  Mak memang seorang yang merendah diri.
       Baru teringat yang hari ni mak,  abah,  suami dan adik-adik-adik ipar nak pergi buat pemeriksaan kesihatan.   Patutlah mak bersegera menyediakan sarapan walaupun mak berpuasa dari malamnya untuk pemeriksaan darah.  Pemeriksaan  kesihatan adalah percuma untuk penduduk di sekitar taman ini dan ia adalah percuma.   Kalau tak silap ini termasuk kempen kesihatan.  Mak terus bergegas ke bilik menyiapkan diri begitu juga  dengan abah , suami dan adik-adik ipar yang turut serta.    Tinggal saya dan adik ipar yang berusia 17 tahun.  Sebenarnya,  kalau ikutkan hati memang nak pergi juga,  tapi memandangkan si kecil nyenyak tidur dan anak-anak pun mamai baru bangun tidur,  jadi memang tiada pilihan.  Diriku pasrah di rumah sahaja.   "Bestla pi,  dapat cek macam-macam. Kot cek kolestrol pun ada.",getus hatiku.   Setakat cek blood pressure, gula darah tidak ralat sangat sebab setiap bulan cek di Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak.
       Dalam jam 11 tengah hari mereka pulang.   Terus saya membelek-belek rekod kesihatan.  Yang diperiksakan bmi, tekanan darah dan gula.  Jadi,  tak ralat la camtuh.   Semua normal  tapi mengejutkan tekanan darah mak tinggi 170 lebih bacaan sistole.  Saya faham apa mak mertua rase sebab saya pun pernah mengalami.  Walaupun bacaan waktu tu 140/70 disebabkan tengah hamil memang perlu hati-hati.   Takutnya bukan kepalang.   Dalam otak ni dah risau kalau ni tanda-tanda pre-eklampsia.  Kalau betul sangat bahaya.  Bayi kecil dari usia kehamilan,  uri boleh terlepas, kemungkinan czer waktu melahirkan dan pelbagai lagilah kemungkinan yang tidak diingini terjadi.  Saya dulu sangat malas untuk pergi cek kehamilan.  Faham-fahamlah klinik kesihatan ambil masa lama menunggu.  Tapi sebab takut sangat,  saya ushakan pergi cek tekanan darah selang sehari selama empat kali berturut-turut seperti yang ditetapkan.  Alhamdulillah bacaan seterusnya normal.  Selama tu juga saya  cuba mengamalkan pemakanan sihat.   Kurangkan pengambilan garam.   Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan.   Minum air masak secukupnya.   Saya mula mengamalkan kembali meminum minyak zaitun yang sekian lama ditinggalkan.  Sebelum ni saya konsisten dengan habbatus sauda sahaja.
     Jadi kepada bakal-bakal ibu,  saya nasihatkan rajin-rajin pergi klinik untuk pemeriksaan kehamilan.   Jangan betmalas-malasan Memang nampak pemeriksaan agak sepele.   Pemeriksaan rutin kehamilan seperti berat badan,  tekanan darah,  darah, air kencing dan gula darah.    Tapi itu semua sangat-sangat mempengaruhi kandungan kita. Insyaallah nanti saya akan update tentang bahaya tekanan darah tinggi saat hamil.   Dan apa petua tradisional yang patut diamalkan.   Jadi sila ikuti post saya seterusnya.

No comments:

Post a Comment