Sunday, 20 September 2015

Tips Bisnes Betik Potong

Teks : rosniwati jamaludin
  Selepas solat subuh saya terus ke dapur.   Terus memotong buah betik untuk dijual hari ini.   Tidak mudah rupanya nak potong buah.   Takat potong makan sendiri apa bentuk dan saiz pun tak kisah.   Orang kata,  belasah sahaja.   Tapi untuk jual memang kene sangat teliti.   Dari awal pemilihan buah,  cara simpanan buah,  waktu pemotongan buah dan pembungkusan buah mempunyai teknik khas yang tersendiri.  Agak cerewet pada awalnya.   Tapi bila dah mahir otak cekap berfikir untuk bekerja seefektif mungkin.
   Mungkin rakan- rakan blogger ada yang meminati bisnes ini.   Saya bukanlah pro tapi sedikit sebayak pengetahuan dan pengalaman yang ada ingin dikongsikan bersama.
  • Membeli betik: pemilihan buah betik adalah berdasarkan warnanya dari hijau ke kuning.  Semakin kuning ia semakin masak.   Jangan beli yang masak sekiranya anda ingin memotong untuk hari berikutnya.   Pilih buah yang panjang dan lonjong agar memudahkan proses pemotongan. 
  • Memotong betik:lebih mudah sekiranya anda memotong secara vertikal sekiranya anda ingin menjual ia berbentuk panjang(seperti di dalam foto di bawah) .   Saya menyarankan untuk potong vertikal(bahagi dua) dahulu.    Setelah itu, kupas kulit betik supaya mudah untuk memotongnya dan mengelakkan ia mudah patah.   Kemudian barulah dibahagi-bahagi mengikut bilangan potongan yang dikehendaki.   Jangan potong terlalu tipis.    Hati-hati, betik yang dipotong memanjang sangat mudah patah.   
  • Pembungkusan betik:dapatkan saiz plastik yang sesuai saiz betik.  Hati-hati waktu pembungkusan sebab ia mudah patah.   Harus memegang di bahagia tengah potongan betik
  • Penyimpanan betik: boleh disimpan di chiller.  Sekiranya tidak mempunyai chiller bole gunakan ice box sahaja.     
   
   
     Harap entri ini dapat memberi masukan bermanfaat kepada semua.

No comments:

Post a Comment