Thursday 7 January 2016

Abah dan agrohighlands

Entri:31
Teks : rosniwati jamaludin
   Baru hari ini saya keluar sarapan di luar setelah sekian lama melalui fasa berpantang. Sebenarnya saya jauh lebih selesa bersarapan di rumah. 5 orang anak kecil dengan pelbagai karenah. Ada yang sifat mudah jatuhkan barang,  jadi bila sarapan sudu garfu kelentung-kelentang jatuh ke lantai.   Ada yang kerap tumpahkan air.  Ada yang tidak tahan berpanas.  Baru 5 menit dah 'berlenggeng'. Tapi dek kerana saya amat  sukakan berniaga saya jadi teruja ingin melihat jualan peniaga sarapan di luar.
     Dulu saya pernah berpengalaman membuat kuih-muih kemudian dipasarkan ke kedai-kedai sarapan.  Bagi saya ia satu kepuasan walaupun margin keuntungan tidaklah besar namun risiko kerugian kecil.   Kadang terlintas juga di benak fikiran, ada dikalangan orang melayu kita berniaga sudah bertahun-tahun,  tapi kemajuan tidak banyak.  Namun ada yang menunjukkan satu kemajuan yang memberangsangkan seperti usahawan kosmetik Dato' Vida.  Namun apabila mendengar kisah mereka,  mereka pernah melalui keperitan hidup.  Bahkan mereka berusha dengan pelbagai usha sebelum mereka bertapak dengan kejayaan mereka.
     Mengingatkan kisah abah,  yang bersekolah hanya sehingga darjah 3 kerana keluarga tidak mampu biaya persekolahan.  Dari usia 4 tahun berniaga kuih-muih ke rumah. Usia 15 tahun membuat air di kedai kopi. Berhijrah ke Cameron Highlands waktu usia 20an.  Itupun bekerja dengan tauke cina di kebun. Sekarang alhamdulillah sudah memilik bisnes sendiri dan mempunyai pekerja sendiri.   Benar kata Puan Ainon Mohd, untuk berjaya kena berkuli dahulu.
    Argohighlands,  inilah hasil yang abah berjaya buktikan.  Homestay, apartment dan kebun strawberry.  Mungkin anda yang ingin bercuti ke Cameron Highlands anda boleh betkunjung ke agrohighlands. 

No comments:

Post a Comment