Friday 8 January 2016

Tips bisnes

Entri : 32
Teks :rosniwati jamaludin

    Saya suka membaca nasihat-nasihat dari Puan Ainon Mohd.  Secara peribadi tips yang diberikan bersifat berpijak di bumi nyata.  Maksudnya untuk berjaya dalam bisnes kita perlu berusaha dari awal atau kata lain dari peringkat bawah.   Berlajar berkuli dahulu.  Bisnes secara kecil-kecilan.
       Kadang-kidang kita lihat hari ini banyak tawaran bisnes yang menjanjikan keuntungan yang besar. Prinsip mudah. Hanya dengan melabur sejumlah wang kemudian wang  tersebut akan beranak pinak.  Cuma cek sahaja akaun di bank.   Tidakkah pelik namanya?  Ayah saya selalu berpesan,  jangan fikir senang nak senang. Jangan fikir senang-senang sahaja orang nak bagi kita kaya.  Sekarang terlalu banyak kes penipuan.   Anda melabur dalam sejumlah yang besar kemudian bila tiba waktu dijanjikan tiada sebarang keuntungan.   Mungkin kerana ekonomi sekarang mendesak sebahagian mereka melakukan apa sahaja sehingga tidak ambil kira soal halal dan haram. Semoga kita tidak termasuk golongan tersebut. 

No comments:

Post a Comment