Tuesday 5 January 2016

Keluargaku

Teks : rosniwati jamaludin
Entri : 29
Foto : hak milik sendiri


     Sebelum ini kami tinggal sekeluarga.  Menjalani rutin harian sebagai surirumah dan juga seorang isteri dan ibu kepada anak-anak menjanjikan kesibukan tanpa sempadan.   Apatah lagi kini tinggal dalam keluarga yang besar.  Memang agak sukar untuk menfleksibelkan masa namun satu kemanisan hidup dirasai apabila bersama. Alhamdulillah diberi kesempatan hidup dengan aktiviti berjamaah.  Solat,  makan,  masak dan mengemas rumah bersama-sama menjadikan kebahagiaan amat bermakna.  Meniti hari mendatang belum tentu menjamin kehidupan seperti sekarang.  Jadi bersyukur atas nikmat yang Allah berikan.
     Saya dan emak sedang mempersiapkan diri untuk memasak. Abah, suami dan adik2 sibuk bekerja. Anak-anakku sedang menjalani sesi 'homeschooling'.  Atok-atok berehat sambil terkadang menemani cicit yang usia sebulan sedang nyenyak tidur.  Inilah kehidupan yang sedang saya lalui.  Anda bagaimana? Dan yang paling menariknya hari ini sempat juga memasukkan entri blog!
     Ikan bawal besar hasil tangkapan atok ke pasar hari ini.   Atok kata ikan lain tiada,  peniaga kata ikan lain tak bangun lagi,  tidur lagi. Atok lelaki sudah berusia 84 tahun,  namun masih gagah menjadi imam masjid,  gagah memandu dan berbelanja ke pasar.  Atok seorang yang dermawan.   Kadang saya terfikir,  mungkin sifatnya itu juga dia diberi nikmat usia yang panjang.

# sudu saiz besar tu

No comments:

Post a Comment