Sunday 24 January 2016

Kencing manis / diabetes mellitus?

Entri :37
Teks :rosniwati jamaludin


Kencing manis merupakan penyakit kronik dan ia memberi kesan yang berpanjang dalam kemampuan tubuh untuk mengurai bentuk makanan kepada bentuk tenaga.

Secara alami,  tubuh akan mengurai gula dan karbohidrat yang dimakan kepada glukosa. Glukosa akan dibawa ke di dalam sel tubuh untuk digunakan.  Namun,  ia memerlukan insulin dan hormon untuk membawa glukosa supaya ditukar menjadi tenaga. Pada pesakit kencing manis ia menghadapi masalah samada tidak mempunyai cukup insulin,  atau tidak dapat menggunakan insulin yang diproduksi atau kedua-duanya. Selagi sel tidak dapat mengambil glukosa ia akan berkumpul di dalam darah. Kandungan glukosa yang tinggi di dalam darah boleh merosakkan pembuluh darah kecil di organ ginjal, jantung,  mata dan sistem saraf.

Terdapat  3 jenis diabetes mellitus:

#'type 1 diabetes@insulin-dependent diabetes'
   Diabetes 1 ialah diabetes bergantung kepada insulin dimana tubuh tidak mampu menghasilkan insulin. Ia juga dikenali sebagai 'juvenile-onset diabetes' kerana ia sering belaku sejak kecil. Diabetes  ini merupakan gangguan autoimun dimana antibodi yang sepatutnya memelihara pakreas tetapi sebaliknya menyerang pankreas.  Kerosakan pankreas mengakibatkan insulin gagal dihasilkan. Ia boleh disebabkan oleh faktor generik ataupun gangguan beta sel yang teradapat di dalam pankreas gagal menghasilkan insulin.
   Risiko dari 'type 1 diabetes ini boleh merosakkan pembuluh darah kecil di mata ('diabetic retinopathy') ,saraf ('diabetic neuropathy')  dan buah pinggang('diabetic nephropathy')


#'type 2 diabetes@non-insulin dependent diabetes'
    Ia juga dikenali 'adult-onset diabetes'.  ''diabetes type 2''tidak terlalu berbaha dibanding 'diabetes type1'', namun ia boleh mengakibatkan komplikasi yang besar terutamanya pada pembuluh darah kecil yang memberi nutrisi kepada ginjal, mata dan saraf. Diabetes jenis ini juga boleh meningkatkan risiko serangan jantung dan stroke.
    Jenis ini tidak bergantung kepada insulin. Tubuh masih mampu menghasilkan insulin tetapi jumlahnya tidak mencukupi atau berlakunya resisten insulin terhadap sel tubuh khususnya pada bahagian lemak, hati dan otot. keadaan ini mengakibatkan pankreas berusaha keras untuk menghasilkan insulin namun insulin tidak mampu mengawal glukosa dalam darah.

No comments:

Post a Comment