Wednesday, 28 October 2015

Ward 10 HPSF

Teks :  rosniwati jamaludin
      Bersamaan hari ini dengan 1 Muharaam 1437H,  pada hari ini juga hari pertama saya menginap di Ward 10, Ward Medical Wanita di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar.
     Bilik ward agak riuh rendah dengan kedatangan tetamu yang bertali arus. Walaupun saya hanya didampingi seketika oleh suami tercinta tapi saya turut merasakan kemeriahan suasana hiruk piruk di ward. Sekejap didatangi doktor,  jururawat dan pekerja-pekerja hospital. Alhamdulillah,  layanan hospital cukup baik.  "Biasalah,  cuti umum masa melawat panjang." ulas dokter tersebut bila saya bertanya keadaan ward.
     Ingin saya kongsikan sedikit kisah saya dengan perjalanan penyakit asthma saya.   Saya memang mempunyai penyakit asthma sejak kecil lagi.   Mungkin faktor genetik dari ibu saya.   Sejak usia 6 hingga 20 tahun,  Alhamdulillah saya tiada sebarang masalah kesihatan.  Seawal usia 21 tahun, serangan asthma kembali bermula.   Waktu itu saya di Indonesia,  tahun kedua di Fakultas Perubatan,  Universitas Airlangga.  Setelah di nebulizer 2 kali dan diberikan suntikan, tetap tiada sebarang perubahan.  Akhirnya saya terus dimasukkan ke ward.  Itulah pengalaman pertama dimasukkan ward kerana asthma.  Agak tertekan juga pada waktu itu kerana berjauhan dengan orang tua. Tapi adat hidup di perantauan, mesti berdikari. Alhamdulillah kawan-kawan-kawan sangat banyak membantu.  Sejak dari itu,  serangan astma tetap ada walaupun tidaklah terlalu kerap.
     Setahun setengah terakhir sebelum ini saya mula mengamalkan Habbatus Sauda.   Alhamdulillah, selama itu tiada sebarang serangan.   Bagi saya satu perkembangan yang memberangsangkan sebab sejarah sebelum ini minimal setahun 2-3 kali serangan.
      Serangan kembali bermula minggu lepas sejak Malaysia dilanda jerebu teruk. Selama seminggu terakhir ini sebayak tiga kali saya berulang-alik ke kecemasan untuk mendapatkan nebulizer,  orang kampung kata sedut gas. Pada hari ini dokter sarankan masuk ward memandangkan saya hamil dan pump ventolin yang diberikan tidak berapa berkesan untuk saya. Akhirnya saya dimasukkan ke ward.   Diberikan suntikan Hydrocort,  nebulizer Ventolin setiap 6 jam   dan pump tambahan Budisonide.
Sedikit tentang Budesonide Pressurised,  Inhalation BP 200 mcg
-termasuk golonga ubat kortikosteriod(corticosteroid)
-khusus untuk merawat bronchial asthma
-bersifat anti peradangan (anti-inflammatory) dan immunosupresan (immunosuppressive)
-mempunyai efek lokal
-tidak boleh diberikan  kepada pesakit yang mempunyai riwayat  hipersensitiviti terhadap budesonide
-berhati-hati kerana pengambilan hanya untuk jangka masa yang pendek sahaja dan dos tidak boleh berlebihan,  kerana dibimbangkan kesan sistemik.   Pengambilan harus atas nasihat doktor!
-antara kesan sistemik termasuk adrenal suppression ,   bone density,  katarak dan glaukoma pada mata
-kepada ibu hamil,  pengambilan budesonide kategori B tidak membahayakan untuk janin dan ibu
     Sekian serba sedikit tentang budesonide.   Harap membantu kepada mereka yang sedang hamil disamping mempunyai masalah asthma.




3 comments:

  1. Penerangan agak jelas. Mungkin boleh tambah gambar untuk rujukan pesakit yang ada masalah sama. Sedikit kesalahan ejaan.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Ziadah Zainal Abidin. Insyaallah saya cuba perbaiki. Masukan Ziadah Zainal Abidin amat saya hargai.

      Delete