Entri : 23
Teks : Rosniwati Jamaludin
Sedang menghirup secangkir nescafe, otak ligat berfikir apa masukan entri yang bakal saya muatkan di laman blog? Ketika ini hati tiba-tiba menggamit kerinduan pada mak dan abah dikampung.
Masih segar dalam ingatan bila saya dan suami bersemuka dengan abah menjelaskan bahawa suami bakal 'resign'. Hati saya tidak keruan. Paling dibimbangkan abah memberi tanggapan negatif. Dalam keadaan saya sendiri yang sudah sedia maklum tidak bekerja dan hanya menjalankan perniagaan kecil-kecilan berasaskan 'homemade'. Namun suami gagahi juga berterus terang. "Takpe, apa perancangan seterusnya?" itulah jawapan setelah kami huraikan satu persatu situasi dan keadaan kami. Saya bersyukur abah sangat tenang. Ketika itu saya agak hairan, abah terlalu tenang bahkan dia memberi kata-kata perangsang untuk kami memulakan perniagaan.
Kini baru faham, setelah abah menceritakan kisahnya waktu kecil. Sehingga bagaimana dia boleh berhijrah mencari nafkah di Cameron Highlands. Abah berasal dari Kampung Sungai Durian, Perak. Dahulu, perkampungan tersebut sangat terpencil. Abah terdiri dari keluarga yang agak susah. Abah terdiri dari 8 orang adik-beradik dan abah anak ke 6. Akibat kesempitan hidup, abah sudah belajar menjaja kuih -muih buatan arwah opah dari rumah ke rumah. Waktu itu abah usia 4 tahun, itulah titik permulaan abah berkecimpung di dunia perniagaan. Bahkan, abah sering mengikut arwah opah ke pasar menjual tikar mengkuang hasil kreativiti arwah opah. Paling menyedihkan tikar mengkuang tersebut gagal dijual setelah opah bergadang semalaman menyiapkan. Untuk ke pasar juga satu perjuangan harus menaiki sampan untuk menyeberang ke pasar. Pernah juga opah menggadai kain songket kesayangan opah demi sesuap nasi demi anak-anak. Inilah pengorbanan ibu.
Saya pahatkan di dalam hati nasihat abah. Jangan pernah putus asa untuk berusha mencari rezki. Dalam berbisnes mesti berani dan jangan ambil jalan pintas untuk berjaya. Sangat tidak logik kalau orang terlalu mudah memberikan keuntungan yang besar sedangkan kita melabur dalam nilai kecil! Untuk berjaya rahsia perlu rajin. Satu lagi, nak jadi usahawan berjaya kene jadi muka tembok. Kalau malu memang tak ke mana.
Abah bersikap tenang kerana abah dah melalui kesempitan hidup. Abah yakin rezki Allah sentiasa ada selagi kita mahu berusaha. Abah, mungkin Ros bukan ditakdirkan menjadi seorang dokter seperti yang abah impikan. Namun percayalah, dalam usha menjaga agama Allah pasti Allah gantikan sesuatu yang lebih baik. Ros mula meminati dunia bisnes. Dan abah idola Ros.
Untuk makluman abah pernah menyandang gelaran Usahawan Berjaya pada hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat kebangsaaan. Waktu itu saya masih sekolah rendah lagi. Insyaallah akan datang saya coretkan lagi tentang abah.

Amat di alau-alukan sekiranya anda juga ingin berkongsintentang kisah anda juga
ReplyDeleteSubhanaAllah hebat ayah puab..Semoga puan dan suami berjaya dalam bisnes yg diceburi...boleh puan kongsikan produk homemade yg dilakukan oleh puan..saya masih tercari- cari produk yg sesuai
ReplyDeleteTerima kasih atas komen puan. Amen. Semoga Ummu Al Fateh juga berjaya dunia dan akhirat. Insyaallah saya akan kongsikan produk homemade.
ReplyDelete