Thursday 16 March 2017

Telinga Berdesing

Teks : Rosniwati Jamaludin
Entri: 46


     Berada di Cameron Highlands bersama keluarga tercinta merupakan saat yang ditunggu-tunggu.  Melepaskan kerinduan bertemu Mak,  Abah dan  adik-adik sesuatu yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.  Hanya wajah mampu menggambarkan perasaan gembira.  Setiap detik terukir dengan senyuman diselangi dengan ketawa dek gurauan adik-beradik. 
     Namun,  cuaca sejuk di Cameron Highlands membuatkan saya tidak betah bertahan di sana.  Beginilah orang astma,  sensitiviti tinggi terhadap persekitaran terutama suhu yang terlalu dingin. Namun,  tubuh masih boleh beradaptasi.
     Saya pulang ke sana dengan satu misi,  menolong ahli keluarga menyiapkan pernikahan adik. Aktiviti mengemas rumah sudah tentu menjadi aktiviti wajib.  Sedang sibuk mengemas saya mula bersih dek kerana habuk.  Mulalah berpakage dengan selesema, batuk,  sakit tekak dan demam. Malamnya,  mendapatkan khidmat nebulizer akibat dari serangan asthma.  Nilah padanya terlupa bawa inhaler ventolin.  Keadaan beransur pulih namun pada malam tersebut,  saya mula merasa telinga kanan amat gatal.  Diikuti rase penuh di telinga dan diiringi bunyi berdesing.
     Adakah gegndang telinga saya bermasalah? Disebabkan ia mengganggu pendengaran saya. Atau infection, akibat dari rasa sakit yang amat sangat. Atau terdapat haiwan yang ingin berkampung di telinga saya. Akhirnya pulang ke Muar saya dapatkan rawatan di kinik kesihatan Sungai Mati. Hasil dari pemeriksaan doktor memberitahu kelihatan gegendang telinga saya sedikit berlubang. Tapi untuk kepastian dia akan rujuk saya ke pakar ENT di hospital Muar.
     Takut sangat, saya mula fikir berlebihan. Mula fikir adakah saya perlu operation atau apakah ini tanda canser?Sebab arwah nenek saya pernah berdarah di lubang telinga dan ia berawal dengan rasa sakit yang akhirnya  bertarung nyawa hingga ke akhir hayatnya melawan canser.
     Saya minta 'second opinion' dari rakan karib saya yang merupakan MO ENT di salah sebuah hospital di Sabah. Menurut belia, selalunya jika ia tidak serius lubang itu tertutup secara alami. Kerana kesibukan melanda, saya terlupa untuk mengikuti temujanji di Hospital Muar. Alhamdulil,ah sekarang sakit dan bunyi berdesing sudah hilang sepenuhnya.
    


No comments:

Post a Comment