Thursday 18 February 2016

Karipap

Entri : 45
Teks  : rosniwati jamaludin
Foto   : milik sendiri

     Sedang meregangkan otot-otot tubuh yang penat bertungkus lumus menyiapkan 2 kg karipap untuk hidangan rewang pernikahan adik. Kami beroperasi dari 9:30 pagi dan selesai 1:00 tengah hari. Mak sedara dan sepupu turut sama-sama membantu menyiapkan.  Mungkin sudah terlalu lama tangan tidak menjamah adunan tepung,  lenggok menguli jadi sangat kekok.  Doh pertama uli keras,  akibat kurang air dan teknik hentam keroma.  Doh kedua,  berjaya menghasilkan doh ysng lembut.  Sesi yang amat digemari ialah mengklem karipap. Setelah terhasil sebiji karipap sahaja cukup memberi kepuasan yang besar bagi pencinta karipap.  Benar apa yang sering dikatakan pakar masakan,  resepi sahaja tidak mencukupi untuk menghasilkan hidangan terbaik.  Teknik juga amat diperlukan untuk menghasilkan masakan yang mempuyai nilai seni tersendiri.
     Saya amat meminati bidang pembuatan kuih-muih.  Pernah satu ketika dahulu saya berniaga dengan menghantar karipap buatan sendiri ke warung-warung sarapan pagi.   Saya juga sempat membuat karipap sejuk beku. Satu pengalaman yang sangat berharga.  Itulah titik tolak pertama saya bergiat dalam dunia bisnes walaupun awalnya saya kosong-kosong tentang bisnes.  Berawal dari mendapatkan bahan mentah,  kaedah pembuatan, kaedah pemasaran,  berkomunikasi dengan pelanggan dan merekod akaun semua saya pelajari sendiri.  Perlahan lahan saya mula mencari pengusaha-pengusaha kuih muih bertanyakan pengalaman mereka dalam bisnes mereka.
Bagi meningkatkan kualiti produk saya turut mencari guru dalam memberi tunjuk ajar bagi meningkatkan kualiti produk.   Namun saya sedari,  sesedap manapun produk sekiranya tidak dikenali akhirnya ia tidak mampu melompat lebih jauh.  Saya berhenti seketika bergiat dalam dunia karipap kerana waktu itu saya sudah sarat hamil. Hari ini saya mula rindukan detik-detik bisnes karipap.  Insyaallah bakal saya lanjutan.
     Di sini saya ingin kongsikan resepi kulit karipap yang bersifat ekonomi namun berkualiti. Sangat sesuai untuk mereka yang ingin memulakan busnes karipap.

Inti kulit karipap:

1 kg tepung gandum(apa-apa jenama pun boleh,  nak jimat cari yang murah)

1-2 cawan minyak masak(dipanaskan terlebih dahulu)

Masukkan minyak masak panas ke dalam tepung gandum.  Kacau dengan senduk kemudian perap hingga sejuk.  Kemudian ratakan tepung gandum dan minyak masak tadi.  Setelah kelihatan sekata,  masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga nenjadi doh yang lembut.


 
     

No comments:

Post a Comment