Tuesday 26 January 2016

Ulasan kelas ABDR

Entri:46
Teks :rosniwati jamaludin

Pelajar:rosniwati jamaludin
Guru    :Puan Anys Zakaria
Kelas    :Kelas Blog Mula Bisnes dan Penulis san

Assalamualaikum.
     Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih  kepada Puan Masayu Ahmad yang merupakan pengasas ABDR, puan Anys selaku guru blog online yang telah memberi bimbingan, Puan Nasriah Abdullah yang membantu saya menyertai ABDR.
     Tujuan utama saya menyertai ABDR adalah untuk mempelajari gaya penulis blog serta menambah kenalan yang mempunyai minat,  misi dan tujuan yang sama.  Saya berpengalaman membina blog sebelumnya,  tapi sayangnya saya gagal menarik pengunjung.  Bila saya bermuhasabah,  blog saya ni lebih kepada syok sendiri dan saya tidak mempunyai ilmu yang cukup untuk memantapkan  blog.  Bila diamati,  gaya penulisan adalah amat penting.  Akhirnya saya diberi peluang berguru dengan Puan Anys.  Selama bimbingan saya mulai belajar diajar teknik membina blog, pemfokusan blog dan teknik tulisan berpengaruh. Sebelum ini blog saya caca marba jadinya. Di situlah saya nak cerita tentang kesihata,  roti,  homeschooling dan perniagaan.  Dengan bimbingan puan Anys saya dapat alurkan arah blog saya.  Sesuai dengan bidang saya pelajari dan minat saya,  saya kini berjaya menghasilkan blog berkonsepkan kesihatan.  Paling menarik di sini,  kita sentiasa mendapat sokongan motivasi dari rakan-rakan ABDR.
     Kelebihan kelas ABDR pada saya ialah ianya sangat  fleksibel. Kita mampu mengatur masa kita sendiri.  Penyampaian kelas oleh Puan Anys secara online amat mudah difahami.  Bahkan, ada di kalangan guru-guru di ABDR turut memberi garis panduan. Inilah kelebihan kerja berpasukan. Sebagai pelajar,  prinsip yang harus dipegang ialah kerajinan dan konsisten dalam menyiapkan tugasan. Kelas ABDR juga menyediakan pelbagai ebook yang sangat sesuai utk 'Work at Home Mom'. Anda yang meminati dunia perniagaan juga dapat berpeluang menjana pendapatan.
     Cadangan saya untuk masa hadapan, sebagai rakan sepasukan kita seharusnya tingkatkan kerjasama dengan saling mengenali antara satu sama lain dan saling memberi masukan yang bermanfaat dalam meningkatkan kualiti blog.
    Sahabat ABDR yang dikasihi,  saya amat mengalu-alukan masukan yang bermafaat dari anda.  Sila ikuti blog saya http://rosniwatijamaludin.blogspot.my.
Assalamualaykum

http://rosniwatijamaludin.blogspot.my

No comments:

Post a Comment