Tuesday 26 January 2016

Kurus dengan air kosong

Entri:44
Teks:rosniwati jamaludin

Teringat sewaktu saya belajar dahulu.  Pernah saya bertanya seorang rakan saya kenapa dia makan banyak tapi dia boleh kurus.  Jawapan dia, dia pun tak pasti tapi dia memang banyak minum air kosong.

Di sini ada beberapa fakta tentang fungsi air kosong dalam tubuh:

*Air berfungsi untuk membantu proses metabolisma badan dimana mengubah sumber makanan kepada bentuk tenaga

*Air sebagai bahan bakar untuk mendorong reaksi kimia metabolisma. Kandungan air yang cukup dapat membakar kalori dengan baik.

*Air penting dalam proses pencernaan untuk menyerap nutrient. Apabila daya penyerapan berkurang,  tubuh akan memberi isyarat bahawa tubuh kekurangan mineral.  Akibatnya kita akan terasa lapar.

#Jadi sebaiknya kita memerlukan sekurang-kurangnya 2 liter air sehari untuk diminum.  Ayuh,  kita cuba petua ini dulu.

No comments:

Post a Comment